Ahad, 17 Januari 2010

Sains Politik

BAHAGIAN A
Pengenalan

i) Definisi dan makna politik

Politik berasal dari istilah Yunani, “Polis” yang bermakna “Negara-bandar”.
David Easton mengatakan bahawa politik ialah satu proses yang dilakukan oleh kerajaan untuk tujuan pengagihan nilai-nilai yang sah (Ahmad Martadha 1998 ).Nilai-nilai yang sah ini merujuk kepada empat perkara iaitu:-

(i) Kuasa yang menitik beratkan keseimbangan ini ........
Dalam Islam, politik disebut siasah dan lebih mudah dinyatakan sebagai perkara-perkara yang berhubung dan berurusan dengan hal-ehwal keduniaan.

Secara lughah (bahasa), siyasah (politik) berasal dari kata sasa, yasusu, siyasatan yang bererti ‘mengurus kepentingan seseorang’. Perkataan siyasatan menurut pengertian bahasa adalah ‘pemeliharaan/pengurusan’. Dalam kamus Al-Muhits dikatakan – sustu ar-ra’iyata siyasatan, ai amartuha wa nahaituha, ai ra’itu syu’naha bi al-awamir wa an-nawahi (aku memimpin rakyat dengan sungguh-sungguh, atau aku memerintah dan melarangnya, atau aku mengurusi urusan-urusan mereka dengan perintah-perintah dan larangan-larangan). Ini dari segi bahasa. Adapun maksud siyasah menurut istilah/syara’ adalah ri’ayah asy-syu’un al-ummah dakhiliyyan wa kharijiyan (mengatur/memelihara urusan umat sama ada dalam atau luar negeri) [Syeikh Taqiyuddin an-Nabhani, Muqaddimah ad-Dustur]. Pengertian ini diambil dari beberapa hadis di mana Rasulullah saw menggunakan lafaz ‘siyasah’ untuk menunjukkan maksud pengurusan/pemeliharaan urusan umat, antaranya hadis riwayat Bukhari dan Muslim.

Politik adalah proses dan cara membuat keputusan untuk sesuatu kumpulan. Walaupun ia biasanya digunakan bagi merujuk kepada kerajaan, tingkah laku politik juga boleh didapati di korporat, akademik, agama, dan institusi lain.
Sains politik merupakan kajian mengenai tingkah-laku politik dan memeriksa kedapatan dan penggunaan kuasa, contohnya : keupayaan untuk memaksa kehendak seseorang kepada yang lain. (http://ms.wikipedia.org/wiki/Politik )

Politics is the process by which groups of people make decisions. The term is generally applied to behavior within civil governments, but politics has been observed in all human group interactions, including corporate, academic, and religious institutions.
Politics consists of "social relations involving authority or power" and refers to the regulation of a political unit, and to the methods and tactics used to formulate and apply policy.
Political science (also political studies) is the study of political behavior and examines the acquisition and application of power. Related areas of study include political philosophy, which seeks a rationale for politics and an ethic of public behavior, and public administration, which examines the practices of governance. (http://en.wikipedia.org/wiki/Politics)
Berdasarkan definisi dan makna di atas dapatlah dirumuskan bahawa politik adalah satu proses sosial yang merangkumi faktor-faktor pengagihan kuasa, pengkajian kerajaan dan tingkah laku manusia dalam masyarakat agar pertentangan kepentingan dapat diselesaikan

ii) Konsep negara dan kerajaan

Konsep negara

Negara (Bahasa Inggeris: State; Bahasa Perancis: Etat) adalah satu komuniti politik tersusun yang menakluki sesuatu kawasan dan mempunyai kedaulatan luaran dan dalaman yang boleh menguatkuasakan monopoli terhadap penggunaan kekerasan yang difikirkan wajar.
Ia tidak perlu untuk mempunyai satu kerajaan yang tersusun untuk wujud. Dalam sejarah sendiri terdapat ramai kisah negara-negara yang mempunyai kelompok-kelompok puak yang mempertikaikan kerajaan seperti Republik China pada tahun 1912, akan tetapi negara berkenaan tidak pula berhenti kewujudannya. Maka, satu kerajaan tidak perlu untuk satu negara, asalkan kewujudannya diiktiraf komuniti dunia. Pengiktirafan ini juga memberikan sesebuah negara hak untuk memasuki perjanjian dengan negara lain pada peringkat antarabangsa. Walaupun kewujudan satu kerajaan tidak perlu untuk negara, negara tetap memerlukan kerajaan untuk mengawal hal ehwal dalamannya.
(http://ms.wikipedia.org/wiki/Negara_(politik)

Perkataan negara dalam maksud terkini biasanya merujuk kepada konsep yang lahir hasil Triti Wesphalia pada tahun 1648 yang memperkenalkan konsep moden negara nation-state (negara bangsa), berbanding negara empire-state (negara empayar) yang kuno. Contohnya, Persekutuan Malaysia dan Turki yang wujud sebagai nation-state pada hari ini berbanding empire-state empayar Melaka dan Turki Uthmanniyah yang kuno. Negara daripada aspek politik state biasanya digunakan dalam bidang sains politik.
Max Weber dalam buku "Politik sebagai vokasi" (Politics as a vocation) (1918) memberi definasi Negara yang paling kerap digunakan dalam teori-teori politik masa kini. Mengikut Weber, "Setiap negara wujud hasil penggunaan kekerasan [...] Jika tiadanya institusi sosial ganas wujud, konsep 'negara' tidak membawa maksud dan satu keadaan yang diberi nama 'anarki' akan timbul. Maka, negara adalah "satu komuniti manusia yang dengan jayanya mendapat pengiktirafan penggunaan kekerasan dalam satu kawasan." Dalam definasi ini dia mencerminkan pendapat ahli falsafah Thomas Hobbes yang mengatakan penguakuasaan Leviathan akan mencegah kematian yang ganas. Weber: "Negara adalah satu-satunya sumber 'hak' menggunakan kekerasan".
Definisi yang diberi Weber adalah penting kerana dia memperkenalkan usul yang negaralah satu-satunya bentuk penggunaan kuasa yang sah. Dalam maksud itu, kuasa, yang berlawanan dengan umpamanya keganasan, organisasi, penagihan dan atribusi lainan adalah konsep penting yang dikaitkan dengan negara dalam politik sains terkini. (Lihat seminal Peter Evans, Theda Skocpol, Dietrich Rueschemeyer, eds., Bringing the State Back in, Cambridge University Press, 1985).
Dalam pada itu, sesetengah cendakiawan mempertikaikan kuasa negara. Errico Malatesta, satu ahli anarki terkenal, menulis "Ahli anarki secara amnya menggunakan perkataan "Negara" untuk merujuk kesemua institusi politik, perundangan, kehakiman, ketenteraan, kewangan dll. yang dikawal sendirinya dan ditadbir oleh kelakuan sendiri sesetengah individu tertentu dan mempunyai kepercayaan ramai untuk menjaga keselamatan mereka, dan perlaksaan ini, secara terangan atau tersembunyi, memaksa orang ramai menghormatinya dengan itu menggunakan penguatkuasaan kolektif komuniti ke arah ini"
Lainnya mengritik atribusi lain negara moden seperti autonominya atau kedaulatannya. Dalam teori satu negara adalah entiti yang mempunyai autonomi luas dalam hal ehwal ekonomi dan sosial dalamannya dan bebas daripada pengaruh negara dan kuasa lain. Akan tetapi beberapa komentasi kini mengatakan bahawa kita kian kehilangan keadaan ini dalam sistem antarabangsa dan merujuk kepada perubahan sifat ekonomi, budaya, politik dan teknologi seperdi fenomena globalisasi dan kewujudan entiti-entiti supranasional seperti Kesatuan Eropah. Lihat Kenichi Omahe, The end of the nation state, 1996).

Nama state dalam Bahasa Inggeris juga digunakan untuk merujukkepada pembahagian politik subnasional dalam satu sistem persekutuan, sebagaimana yang diamalkan di Malaysia. Dalam Bahasa Melayu, istilah ini mempunyai nama lain iaitu negeri. Lihat Negeri, Negeri (undang-undang) dan Persekutuan.

Dalam pengunaan harian Bahasa Inggeris nama country, nation dan state digunakan secara kasual sebagai sinonim, tetapi definasi betulnya adalah:
country adalah kawasan geografi.
nation adalah budaya atau bangsa (tetapi national dan international mempunyai maksud yang mengelirukan dengan merujuk kepada perkara-perkara yang menjadi hal ehwal states, seperti "national capital" dan "international law". Masalah ini tidak wujud dalam Bahasa Melayu dengan penggunaan perkataan "kebangsaan" dan "antarabangsa" berdasarkan perkataan "bangsa" merujuk secara betulnya kepada konsep negara secara bangsa dan budaya.)

state merujuk kepada kerajaan dan entiti dalam undang-undang antarabangsa.
Dalam Bahasa Melayu, tiada perkataan khas untuk negara dalam tiga aspek ini. Hakikatnya penutur Melayu menganggap nation dan country sebagai negara dan perkataan state difahami sebagai negeri kerana penutur Bahasa Melayu secara majoritinya tinggal di negara Malaysia yang mengamalkan persekutuan. Oleh itu, berlakunya kekeliruan akan maksud sebenar nation, country dan state di kalangan mereka.

Kini, kawasan tanah permukaan Bumi dibahagikan antara kira-kira lebih 200 negara yang wujud sekarang, dengan benua Antartika menjadi kes khas dimana negara tidak memerintah tanahnya. Terdapat juga kawasan dimana kuasa negara wujud secara teori, tetapi tidak dalam realiti, seperti negara Somalia.
Meskipun perkataan nation (budaya), country (geografi) dan state (politik) dalam Bahasa Inggeris mempunyai maksud jelas, perkataan-perkataan ini dicampurkan maksudnya dalam penggunaan harian dan boleh diberikan definasi-definasi lain yang mengelirukan. Sebagai contoh Cornwall dikira oleh sesetengah pihak sebagai nation di England yang merupakan constituent country atau home nation United Kingdom. United Kingdom adalah state yang diiktiraf berdaulat oleh negara-negara lain juga boleh dirujuk sebagai country di mana penduduknya mempunyai nationality British. Terminologi juga boleh menjadi lebih kompleks apabila perkataan state digunakan oleh negara-negara yang mengunapakai pemerintahan berteraskan persekutuan dengan merujuk kepada negeri. Dalam kebanyakan negara yang menggunakan Bahasa Inggeris, perkataaan state, nation dan country difahami dalam konteks tempatan dan tidak disalahertikan dalam konteks berkenaan. Tetapi apabila perkataan-perkataan ini digunakan untuk merujuk kepada harapan sesetengah bangsa untuk mendirikan negara sendiri di persada antarabangsa, penggunaannya mendatangkan kontroversi dan boleh menyebabkan salah faham. (http://ms.wikipedia.org/wiki/Negara_(politik))


Konsep Kerajaan

Dalam menghuraikan konsep kerajaan ini saya mengambil contoh negara Malaysia supaya ianya lebih jelas dan mantap. Sistem kerajaan di Malaysia menggunakan konsep kerajaan berpersekutuan iaitu sistem pemerintahan yang mewujudkan pembahagian kuasa iaitu di kalangan kerajaan pusat dan kerajaan negeri. Kerajaan persekutuan terdiri daripada gabungan beberapa negeri kecil dan besar dengan kewujudan sebuah kerajaan pusat yang kuat tanpa mengenepikan hak-hak kerajaan negeri yang lain (Ahmad Atory, 1982: 54). Manakala Michael Curtis dalam bukunya Comparitive Goverment and Politicies telah memberi ciri-ciri persekutuan iaitu:-

"A federal system is one which the functions government are shared between acentral authority and regional authorities both sets being autonomous in certain areas and driving their respective powers from the constutiton or interpetations of it, not from each other". (Curtis M, 1972)

Oleh sebab dalam tiap-tiap persekutuan, di samping kerajaan pusat terdapat juga beberapa buah kerajaan negeri yang menjadi anggota persekutuan, oleh itu adalah amat penting dibuat beberapa peruntukan bagi menentukan perhubungan antara kerajaan pusat dengan kerajaan negeri. Peruntukan-peruntukan ini adalah penting bagi mengelakkan berlakunya pertelingkahan di antara kerajaan negeri dengan kerajaan pusat.

Cara perhubungan itu terpulanglah kepada hakikat perlembagaan persekutuan itu. Mengikut pendapat Profesor K.L. Wheare persekutuan terbahagi kepada 3 jenis. Yang pertama ialah persekutuan yang kerajaan pusatnya lemah daripada kerajaan negeri, kerana kebanyakan kuasa yang mustahak di berikan kepada kerajaan negeri. Jenis yang kedua ialah persekutuan yang kerajaan pusatnya lebih kuat daripada kerajaan negeri dan jenis yang ketiga pula ialah persekutuan yang kerajaan pusatnya sama kuat dan sama taraf dengan kerajaan negeri (K.L. Wheare, 1956: 72).

Perlembagaan Malaysia telah memperuntukkan pembahagian kuasa antara kerajaan persekutuan dengan kerajaan negeri. Ini bertujuan bagi menjamin kelicinan perjalanan sistem persekutuan dan juga mengelakkan atau menyelesaikan sebarang pertelingkahan yang mungkin timbul. Pembahagian kuasa berkenaan meliputi bidang perundangan, eksekutif, hal ehwal tanah dan kewangan. Di dalam jadual kesembilan perlembagaan persekutuan, kuasa perundangan di bahagikan kepada senarai persekutuan, senarai negeri dan senarai bersama. Parlimen mempunyai kuasa untuk membuat undang-undang bagi mana-mana perkara yang disebutkan dalam senarai persekutuan dan senari bersama. Dewan Undangan Negeri pula mempunyai kuasa untuk membuat undang-undang bagi perkara-perkara yang disebut dalam senarai negeri dan senarai bersama.

Senarai persekutuan meliputi hal ehwal luar negeri, pertahanan, keselamatan dalam negeri, kewangan, kewarganegaraan, perdagangan dan perusahaan, undang-undang sivil dan jenayah, perkapalan, pengangkutan, kesihatan, perikanan, perhubngan syarikat kerjsama dan lain-lain. Senarai negeri pula meliputi pertanian, perhutanan, tanah, kerajaan tempatan, hal ehwal agama Islam, adat istiadat orang Melayu, jentera pertadbiran kerajaan negeri, kerja-kerja air, hari-hari kelepasan am negeri, penyu dan penangkapan ikan disungai dan lain-lain. Senarai bersama pula meliputi kebajikan masyarakat, biasiswa, perlindungan binatang liar, pemaritan dan pengaliran, kesihatan awam, ternakan binatang, perancangan bandar dan desa dan lain-lain (Ranjit Singh Malhi, 1989: 57). Walau bagaimanapun, kerajaan persekutuan mempunyai keistimewaan dalam senarai bersama. Sekiranya terdapat undang-undang negeri yang berlawanan dengan undang-undang persekutuan, maka undang-undang persekutuan itu hendaklah dipakai dan undang-undang negeri itu hendaklah terbatal setakat mana bercanggah dengan undang-undang persekutuan itu.

Perlembagaan Persekutuan memperuntukkan sumber-sumber hasil yang terpenting kepada kerajaan persekutuan. Secara umum, kerajaan Negeri bergantung kepada sumber kewangan kerajaan persekutuan kerana sumber-sumber pendapatannya daripada hasil tanah, hutan, galian, cukai hiburan, zakat fitrah dan lain-lain adalah terhad. Kerajaan persekutuan juga merupakan pihak berkuasa pencukai yang utama.

Secara purata, kira-kira satu perempat daripada hasil kerajaan negeri datang daripada pemberian kerajaan persekutuan. Dua jenis pemberian yang wajib diberi kepada semua kerajaan negeri pada tiap-tiap tahun ialah pemberian mengikut bilangan orang dan pemberian jalan raya berasaskan berapa batu panjangnya jalan raya negeri berkenaan. Bantuan-bantuan lain yang boleh diberi oleh kerajaan persekutuan kepada kerajaan negeri ialah bantuan bagi maksud khas misalnya kekurangan hasil bagi menampung perbelanjaan negeri, bantuan pembangunan dan bantuan menambah hasil negeri. Negeri-negeri Sabah dan Sarawak diberi pembarian-pemberian khas tambahan yang tertentu. Sebagai contoh Sarawak diberi pemberian khas sebanyak RM5800,00 bagi tiap-tiap satu tahun. Di sini jelas menunjukkan tanpa bantuan kerajaan pusat, kerajaan negeri akan menghadapi masalah dalam membangunkan negerinya.

Dalam membincangkan sama ada kerajaan negeri akan menghadapi masalah dalam membangunkan negerinya atau tidak tanpa bantuan kerajaan pusat perlu dirujuk melalui kes-kes yang berlaku di beberapa buah negeri. Perlu diingat di sini perbincangan tidak disempitkan dengan masalah pembangunan dari segi material tetapi pembangunan dari segi sosial, ekonomi, politik dan sebagainya.


BANDING BEZA ANTARA KONSEP NEGARA DAN KERAJAAN

Negara adalah satu organisasi kumpulan bermasyarakat dan berbudaya politik, iaitu negara sebagai satu organisasi kumpulan bemasyarakat dan berbudaya politik, iaitu negara sebagai satu kumpulan orang yang menghuni satu kawasan tetap, yang bebas daripada kawalan luar dan yang memiliki satu kerajaan yang tersusun di mana sebahagian besar penduduknya memberi ketaatan yang tabii. Manakala kerajaan adalah rangkaian institusi-institusi yang mentadbir negara. Ia sebahagian daripada negara dan lebih merupakan alat atau jentera negara yang berfungsi, antaranya untuk mencapai matlamat, dasar dan cita-citanya.

Negara melibatkan seluruh anggota ahlinya manakala kerajaan pula hanya melibatkan sebahagian kecil daripada penduduk seluruhnya.

Negara adalah satu jentera yang tersusun untuk membuat dan menjalankan keputusan politik dan menguatkuasakan undang-undang dan peraturan kerajaan. Manakala kerajaan di sini ialah salah satu ciri negara selain daripada kawasan, kedaulatan dan rakyat. Kerajaan adalah satu institusi negara. Kerajaan adalah agen negara yang bertanggungjawab mengagihkan nilai yang dibuatnya melalui dasar awam. Oleh itu kita boleh memberikan satu pengertian yang umum bahawa kerajaan itu adalah satu rangkaian yang institusi yang kompleks yang mentadbir negara

Sesuatu negara itu boleh wujud dan berdiri tanpa kerajaan seperti negara yang terdiri dari pelbagai puak dan fahaman. Manakala sesuatu kerajaan itu tidak dapat wujud dan berdiri tanpa negara.


Bahagian B

Kuasa didefinasikan sebagai satu kes yang istimewa yang melibatkan kerugian yang besar bagi mereka yang tidak mengikut arahan. (Robert A.Dahl.)

Harold Laswell menegaskan dalam bukunya mengenai perkaitan antara kuasa dan pengaruh. Kuasa adalah medan untuk mendapatkan pengaruh. Pengaruh pula biasanya akan wujud apabila mempunyai kuasa.
Menurut beliau kuasa terbentuk melalui peibagai perkara antaranya seperti melalui personaliti, kesatuan, propaganda, keganasan dan perlambangan.
Personaliti menurut beliau berkaitan dengan latar belakang dan perwatakan seseorang. Pada zaman feudal dahulu kekuasaan lebih tertumpu kepada golongan aristocrat dan bangsawan. Mereka dianggap sebagai golongan mulia dan hanya mereka yang layak untuk menjadi pemimpin dan pemerintah. Kepercayaan terhadap kemuliaan darah bangsawan ini tidak berkekalan apabila berlaku tekanan daripada rakyat yang menderita di bawah kepimpinan mereka.Ianya biasanya diterjemahkan dalam bentuk revolusi seperti yang berlaku di Perancis dan Russia. Ketika ini rakyat lebih memerlukan suatu personality yang lebih mencerminkan diri mereka sendiri. Seorang pemimpin yang lebih dekat dengan rakyat dan berasal dari rakyat serta memperjuangkan agenda rakyat. Menurut beliau, pemilihan Abraham Lincoln sebagai Presiden Amerika adalah kerana perwatakannya yang istimewa dan disenangi rakyat.

Kesatuan merujuk kepada penyatuan pelbagai pihak dan golongan. Sesuatu yang bergerak dalam kelompok yang ramai sudah tentu mempunyai pengaruh yang lebih kuat untuk melobi dan mendesak pihak yang lain. Ini dapat dibuktikan apabila ada sesuatu pihak yang tertindas mereka akan membentuk satu kesatuan untuk mewakili mereka dan menggunakan tindakan tertentu untuk memaksa tuntuntan mereka dipenuhi. Ketika Amerika dikuasai oleh Agensi Kewangan besar dan Agensi Perniagaan Besar yang bertindak mempengaruhi segala dasar dan perundangan Negara, golongan kelas pertengahan telah mengwujudkan Dewan Perniagaan dan Perkhidmatan Bebas Amerika bagi meningkatkan pengaruh golongan kelas pertengahan dan seterusnya mempunyai pengaruh dalam pengubalan dasar Negara.

Keganasan adalah antara suatu senjata utama untuk mendapat kuasa. Penggunaan kaedah ini sangat berkesan ketika zaman feudal di mana pelbagai bentuk hukuman dan penyiksaan dilaksanakan untuk menakutkan rakyat. Kerana kaedah ini rakyat tidak berani bersuara dan sesuatu pertentangan biasanya akan mudah dihancurkan. Kaedah ini menetapkan bahawa kuasa perundangan adalah hak mutlak pemerintah dan boleh digunakan mengikut selera pemerintah. Kaedah ini juga diamalkan oleh Hitler di Jerman dan Musolinni di Itali. Justeru itu mereka dapat meneruskan idealogi dan agenda mereka dengan berkesan dengan mendapat kurang tentangan. Selain itu kaedah ini turut digunakan oleh kuasa-kuaa besar ketenteraan dengan berselindung di sebalik nama kedamaian untuk menakluki Negara-negara lain.

Perlambangan merujuk kepada idologi yang dibawa oleh seseorang. Menurut Harold, perlambangan ini merupakan satu tarikan kepada seseorang dan memperjelaskan akan arah perjuangannya. Misalnya penubuhan Parti Buruh yang dianggap mewakili golongan pekerja dan bawahan. Penggunaan perkataan buruh sebagai perlambangan akan memudahkan pertubuhan itu mendapat pengaruh dan sokongan.

Kuasa ialah persoalan yan penting tetapi kompleks. Berbagai persoalan timbul dalam kajian tentang perhubungan kuasa dalam masyarakat.

1.Berapakah luas bidang kuasa?

2.Kuasa atas soal apa?

3.Apakah sumber-sumber kuasa?

4.Siapakah yang berkuasa dan menjadi tumpuan kuasa?

5.Apakah harga penggunaan kuasa?

Pendapat dari pemikir politik yang lain mengatakan bahawa kuasa dalam politik biasanya ditakrifkan sebagai keupayaan untuk mempengaruhi tingkah laku orang lain melalui bentuk sekatan tertentu. Selain itu takrif yang lain menyatakan kuasa ialah pengaruh atau hak mutlak seseorang berhubung dengan kuasa pemerintah. Keupayaan unuk menyelesaikan masalah dan melaksanakan sesuatu dasar juga mempengaruhi ketaatsetian rakyat. Kuasa juga bermaksud pengaruh, kawalan dan penyatuan yang berkait rapat antara satu sama lain. Kuasa boleh dikatakan sesuatu yang boleh mempengaruhi tingkah laku orang lain. Orang yang membuat sesuatu itu tertakluk kepada sesuatu tindakan

Kuasa bolehlah dianggap satu kebolehan memaksa orang lain berbuat sesuatu ataupun untuk menjayakan sesuatu rancangan mengikut naluri seseorang walaupun mereka enggan. Ianya juga boleh dikatakan satu keupayaan yang berpunca daripada hak dan kedudukan untuk mengawal tabiat dan kelakuan masyarakat secara langsung atau tidak langsung.

Secara keseluruhannya, maksud kuasa ialah kebolehan menyatakan sesuatu dan memaksa untuk berbuat sesuatu kerana takutkan kuasa, Jika seseorang mempunyai kuasa, dia berupaya menyelesaikan masalah atau konflik dan taat pada satu-satu keadaan. Kuasa selalunya dipunyai oleh golongan pemerintah dalam sesuatu masyarakat yang akan meneruskan sesuatu dasar yang diluluskan.
Kesimpulannya, kuasa dan pengaruh adalah saling berkait. Setiap pemimpin yang memerintah akan melakukan segala yang perlu agar mereka berkuasa dan berpengaruh. In adalah perlu dalam konteks untuk mereka mempunyai kemampuan untuk melaksanakan dasar, mentadbir, mengawal dan seterusnya meneraju kerajaan dan Negara untuk mencapai agendadan matlamat samaada agenda peribadi mahupun agenda bersama.


Bahagian C

i)Perkhidmatan-Perkhidmatan Sosial Di Malaysia

Siapa pun yang menjadi peneraju Negara menyedari bahawa mereka berada di kedudukan itu adalah kerana mandat oleh rakyat. Berdasarkan kepada pendirian ini maka kerajaan yang berkuasa haruslah bertanggungjawab dalam memberi perkhidmatan-perkhidmatan sosial dan memastikan taraf hidup yang minima dipenuhi.

Keperluan rakyat adalah mencakupi pelbagai bidang, aspek, elemen dan kehendak. Rakyat mempunyai kehendak-kehendak yang perlu dipenuhi seberapa mungkin oleh kerajaan yang memerintah mengikut kemampuan semasa dan kewajaran. Kegagalan dalam memenuhi keperluan ini akan membawa kepada pertentangan, konflik dan konfrontasi antara rakyat dan kerajaan.

1.Pendidikan

Ilmu pelajaran dan pendidikan adalah satu elemen kehidupan yang sagat penting. Melalui ilmu sesuatu bangsa dan Negara itu dapat berkembang dengan pesat, moden dan maju. Ilmu juga mmpu merubah suatu masyarakat yang mundur menjadi suatu bangsa yan maju dan berdaulat. Menyedari hakikat ini maka peneraju Negara kita telah memberi tumpuan yang utama kepada bidang perkhidmatan ini.

Kerajaan telah melakukan pelbagai penambah baikan dalam sistem pendidikan Negara. Pemberian pinjaman buku teks, bantuan kewangan, Rancangan Makanan Tambahan, Skim Baucer Tuisyen, Pemansuhan yuran sekolah dan pelbagai lagi. Semua ini bertujuan untuk memberi kemudahan kepada golongan kurang berada agar tidak ketinggalan dalam arus pendidikan. Kemudahan dan bantuan ini juga bertujuan untuk meningkatkan semangat dan keupayaan para pelajar agar dapat belajar dengan lebih sempurna seiring dengan rakan-rakan mereka yang mempunyai status ekonomi yang teguh.

Penambah baikan kepada sekolah juga telah dilakukan dari masa ke semasa. Pembinaan Makmal Komputer, Pusat Akses Maklumat yang mempunyai jaringan, Bilik Sumber dan lain-lain lagi. Ksemua infrastruktur ini dapat menjamin kualiti pendidikan agar mencapai standard pendidikan bertaraf dunia. Kualiti diri para pelajar juga akan meningkat agar lebih bersedia untuk bersaing dalam dunia pendidikan global.

Kerajaan juga telah memperkenalkan pelbagai system pendidikan dan pembelajaran yang terkini. Antaranya adalah sekolah Kluster, program ELITE, Program J-Qaf dan lain-lain lagi. Pengenalan sistem-sistem baru ini bertujuan untuk membaiki beberapa kelemahan yang terdapat dalam sistem sedia ada dan juga meminjam beberapa sistem Negara maju yang dirasakan sesuai dalam konteks untuk memperkasakan bidang pendidikan ini. Selain membaiki kelemahan, sistem-sistem yang terkini juga berperanan untuk memantapkan lagi sistem sedia ada dan berperanan sebagai sokongan antara satu sama lain. Misalnya seperti Program J-Qaf yang bergerak seiring dengan matapelajaran agama sedia ada. Program ETEMS yang menjadi bualan dan menimbulkan pelbagai polemik pula berperanan untuk menyediakan para pelajar kepada suasana pembelajaran yang lebih mencabar di masa hadapan.

Langkah lain yang dilakukan oleh kerajaan untuk menjamin keberkesanan bidang pendidikan ini adalah dengan membaiki Skim Perkhidmatan Pendidikan. Kerjaya guru di abad ini bukan lagi merupakan kerjaya picisan. Kerjaya guru telah mendapat perhatian dan penambahbaikan. Skim gaji, elaun dan peluang kenaikan gred dan pangkat memberi kepuasan dan keadilan kepada warga pendidikan. Ini dapat meningkatkan komitmen mereka terhadap perjawatan dan tanggungjawab seterusnya menjamin agenda pendidikan nasional mencapai matlamatnya.

Komitmen kerajaan juga dapat dilihat daripada peruntukan yang besar yang diberikan oleh kerajaan setiap kali belanjawan Negara dbentangkan. Hasil dari peruntukan ini banyak sekolah, Pusat Kokurikulum dan Pusat Pentadbiran Pendidikan yang baru yang dapat didirikan bagi memenuhi keperluan pembelajaran.

Kerajaan juga giat mendirikan pusat-pusat pengajian tinggi awam bagi menampung jumlah keperluan pelajar yang ingin melanjutkan pelajaran. Antara Institusi-institusi Awam yang terdapat di Negara kita adalah seperti UUM. UPM. UITM. USM, UTM, UMS, UKM, UNIMAS, Institusi Perguruan dan lain-lain lagi. Justeru itu dari satu segi kerajaan telah berjaya melahirkan rakyat yang berkualiti dan celik ilmu. Ini merupakan pemangkin ke arah mencapai Negara maju yang bertamadun dan berdaya saing.

Dalam bidang pendidikan ini boleh dikatakan rakyat sangat berpuas hati dan menyokong kebanyakkan idea dan tindakan kerajaan.


2.Keselamatan

Adalah menjadi tanggungjawab kerajaan yang memerintah untuk memastikan keselamatan rakyat adalah terjamin dan terbela. Keselamatan yang terjamin akan memberikan suasana kehidupan yang harmoni dan tenteram kepada rakyat. Untuk menjamin perkara ini kerajaan telah melakukan pelbagai pendekatan.

2.1 Memperkasakan Pasukan Polis Di Raja Malaysia.

Kerajaan telah menambah bilangan perjawatan anggota polis. Dengan bilangan anggota yang lebih ramai, beban tugas anggota polis akan dapat dikurangkan. Penambahan anggota ini juga dapat meningkatkan keberkesanan mereka dalam menjalankan tugas. Selain itu pasukan polis juga dibantu oleh unit-unit bantuan dan sokongan seperti Polis Bantuan, Sukarelawan Polis, Biro Pencegah Jenayah, Rakan Cop dan Rela.

Kerajaan juga telah membuat penambahbaikan dalam skim gaji Perkhidmatan Polis. Pada tahun 2007, gaji pasukan polis telah mengalami kenaikan sebanyak 42 % iaitu yang tertinggi dari perkhidmatan awam yang lain. Ini bertujuan untuk meningkatkan taraf hidup warga polis, komitmen mereka dan mengurangkan budaya rasuah.

2,2 Memperkasakan Pasukan Tentera.
Kerajaan telah mengeluarkan peruntukkan yang besar untuk memodenkan pasukan tentera. Antaranya membeli jet pejuang dan helikopter yang canggih, bot-bot laju, kapal selam dan senjata-senjata moden. Pemodenan dan peningkatan sistem pertahanan Negara adalah bertujuan untuk menjamin kestabilan Negara dari sebarang ancaman dan gangguan. Pembelian bot-bot laju dan kapal-kapal perang adalah bertujuan untuk mengawal keselamatan pengairan Negara yang sentiasa diancam oleh lanun dan kumpulan penjenayah yang menggunakan lautan untuk menjayakan agenda jahat mereka.

Pembelian helikopter yang canggih pula selain untuk pertahanan ianya juga berperanan dalam kontek untuk menjalankan misi-misi kemanusiaan dan menyelamat. Pemodenan pasukan tentera adalah bertujuan agar Negara tdak ketinggalan ke belakang dalam aspek ketenteraan berbanding dengan Negara-negara jirannya. Sistem pertahanan yang mantap akan membuatkan negara dipandang tinggi dan seterusnya sentiasa siap siaga untuk menghadapi sebarang konflik di masa hadapan.

2.3. Jabatan Penjara Malaysia

Jabatan ini berperanan untuk menempatkan pesalah-pesalah dan mengasingkan mereka daripada masyarakat. Dengan mengasingkan mereka keselamatan rakyat akan terjamin dan seterusnya proses hukuman akan dapat dijalankan.

Jabatan ini juga beperanan untuk mendidik para banduan agar menjadi insan yang berguna apabila mereka kembali kepada masyarakat. Jabatan ini juga menyediakan pelbagai kemudahan dan intensif agar para banduan dapat menguasai kemahiran tertentu seperti kraftangan, menjahit, bertukang dan lain-lain lagi. Kemahiran-kemahiran ini dapat membantu para banduan dalam kehidupan mereka yang akan datang.

Kerajaan telah berusaha untuk membuat penambahbaikan penjara-penjara sedia dan juga membina beberapa penjara yang baru yang mengunakan sistem yang canggih seperti Penjara Pokok Sena. Ini bagi memastikan kawalan ke atas penjenayah-penjenayah berbahaya berfungsi dengan berkesan bagi menjamin keselamatan orang ramai dan petugas-petugas penjara sendiri.

Dalam aspek keselamatan boleh dikatakan dapat mememenuhi aspirasi rakyat tetapi ada bebrapa perkara yang menjadi kritikan antaranya kezaliman dan korupsi di kalangan anggota polis dan masalah jenayah yang kian meningkat dari hari ke hari. Malah isu mat rempit dan jenayah dadah masih gagal ditangani dengan berkesan oleh kerajaan.


3.Kesihatan

Kesihatan merupakan salah satu perkhidmatan sosial yang penting bagi menjamin kesejahteraan rakyat.

Justeru itu kerajaan melalui peruntukan yang besar dalam belanjawan Negara telah membina Hospital, klinik kesihatan, klinik pergigian, Klinik bayi dan kanak-kanak dan pusat rawatan pesakit kusta. Pembinaan hospital besar dijalankan di setiap daerah bagi menjamin rakyat mendapat khidmat kesihatan yang diperlukan.

Kerajaan juga telah membekalkan peralatan perubatan yang canggih dan bekalan ubat-ubatan percuma.Kerajaan juga telah membuka tawaran kerja kepada doktor-doktor dari luar Negara untuk berkhidmat di Malaysia dengan memberi intensif yang menarik. Selain itu, baru-baru ini kerajaan telah mengumumkan latihan untuk pelajar-pelajar bidang perubatan telah dilanjutkan dari 5 tahun ke 6 tahun bagi meningkatkan kecekapan mereka. Ini bagi memastikan agar mutu perkhidmatan kesihatan dapat ditingkatkan

Perhatian kerajaan kepada bidang ini juga dapat dilihat dari penambahan perjawatan jururawat, pegawai kesihatan dan skim gaji yang lebih menarik kepada kakitangan Kementeriaan Kesihatan. Gaji dan elaunPegawai Perubatan telah dinaikan agar mereka tidak beralih ke agensi swasta.

Selain itu melalui Jabatan Kesihatan masalah gangguan kesihatan, pencegahan dan penguatkuasaan dapat dijalankan dengan berkesan agar aspek keselamatan kesihatan tidak diambil mudah oleh mana-mana individu.

Dalam aspek kesihatan boleh dikatakan perkhidmatan yang diberikan oleh kerajaan adalah sangat baik dan banyak membantu rakyat. Cuma rakyat mengharapkan kerenah birokrasi seperti Bantuan Tabung Perubatan dapat di atasi bagi memudahkan bantuan disalurkan kepada pesakit yang memerlukan.


4. Modal Insan

Belia adalah pewaris kepimpinan dan peneraju masa depan Negara. Justeru itu kerajaan memainkan peranan untuk membentuk mereka menjadi warga yang berkualiti sebagai modal insan yang cemerlang, dinamik dan berintegriti

4.1. Jabatan Belia,

Melalui jabatan ini kerajaan melaksanakan pelbagai program untuk meningkatkan kualiti belia. Antara program yang dijalankan adalah seperti Rakan Muda, Program Jati Diri Kesukarelaan Nasional, Youth To Youth, Belia Tani, Belia Niaga dan lain-lain lagi. Melalui program-program sebegini kerajaan berusaha untuk menyedarkan belia, membantu mereka, menyediakan ruang dan modal, mengasah bakat dan membuka peluang kepada mereka. Program sebegini secara tidak langsung dapat menghindarkan belia daripada terjebak ke dalam gejala yang tidak sihat.

4.2. Program Latihan Khidmat Negara.

Program ini ditubuhkan atas objektf utama untuk membentuk belia yang mempunyai jati diri dan moral yang tinggi. Walaupun program ini memakan belanja yan besar namun demi untuk membentuk modal insane yang diperlukan oleh Negara maka ianya diteruskan walaupun pada awal penubuhannya mendapat tentangan daripada rakyat. Program ini juga bertujuan melahirkan belia yang mempunyai semangat patriotik dan kecintaan yang menebal kepada Negara.

Dalam aspek ini, rakyat amat menyokong segala usaha kerajaan tetapi ada beberapa aspek yang perlu dipantau di dalam program-program untuk belia ini iaitu dari aspek sosial dan keagamaan.


5. Keagamaan

Malaysia adalah sebuah Negara Islam. Justeru itu kerajaan telah memainkan peranan untuk mengembangkan syiar Islam kepada rakyat. Kerajaan telah mendirikan masjid-masjid dan surau di setiap kariah sebagai pusat jemaah dan pengembangan syiar islam. Bagi menjadikan masjid berperanan lebih berkesan, kakitangan masjid telah diberi elaun khas. Bagi masjid –masjid utama seperti masjid Negara kakitangannya dibayar gaji bulanan dan dipilh daripada mereka yang berkelayakan


5.1. JAKIM, IKIM dan Jabatan Agama

Penubuhan badan-badan di atas adalah untuk membantu dalam hal-ehwal agama dari pelbagai aspek dan sudut. Baik dari segi perundangan, penguatkuasaan dan khidmat nasihat serta bantuan. Badan-badan di atas bertanggungjawab memastikan perjalanan agama Islam di Malaysia mengikut landasan yang betul serta berusaha kea rah pengembangan agama secara total. Bantuan dan sokongan kepada golongan saudara baru juga diberi perhatian yang mendalam..

Dalam aspek keagamaan ini boleh dikatakan berjalan lancar Cuma kerajaan melalui agensi-agensinya hendaklah lebih tegas dalam memantau perkembangan ajaran-ajaran sesat dan permasalahan sosial yang sangat ketara dewasa ini.



6.Bantuan

Kerajaan juga sentiasa peka dengan permasalahan rakyat yang kurang bernasib baik. Istilah tidak bernasib baik di sini adalah seperti golongan fakir, cacat, gila, anak-anak yatim warga emas, orang kurang upaya dan bermasalah.

Kerajaan melalui Jabatan Kebajikan Masyarakat dan Pusat Zakat memainkan peranan bagi membantu golongan ini.Kerajaan menyediakan rumah orang-orang tua, rumah anak-anak yatim, Rumah Bahagia, elaun khas dan pelbagai kemudahan untuk OKU, Sekolah Pendidikan Khas, bantuan sara hidup dan pelbagai lagi bantuan dalam konteks untuk membantu golongan tidak bernasib baik ini.

Dalam aspek ini masih banyak yang perlu diperbaiki. Banyak dana bantuan yang diwujudkan tidak sampai kepada mereka yang sepatutnya. Ini dapat dibuktikan melalui rancangan Bersamamu TV3, Falling Angel NTV7 dan ruangan yang berkaitan di dalam majalah dan akhbar. JKKKK yang diwujudkan di kampung-kampung gagal memainkan peranan mereka dalam menyalurkan maklumat kepada kerajaan. Permohonan bantuan di JKM juga terlalu banyak birokrasi.


ii) Memastikan taraf hidup yang minima kepada rakyat

Untuk memastikan taraf hidup yang minima disediakan untuk rakyat kerajaan telah mengambil beberapa pendekatan

1.Menggalakkan pelaburan

Kerajaan telah melakukan pelbagai pendekatan untuk menarik minat pelabur-pelabur asing untuk Melabur di Malaysia seperti penubuhan Bandar Kulim Hi-Tech, Wilayah Pembangunan Iskandar, pelbagai skim cukai yang menarik dan program lawatan delegasi. Peningkatan pelaburan bererti peningkatan ekonomi. Banyak kilang-kilang yang akan didirikan yang mana ini akan mengwujudkan peluang-peluang pekerjaan kepada rakyat. Peluang pekerjaan yang diwujudkan ini dapat menggurangkan pengangguran. Ini dapat membantu rakyat menjamin taraf hidup mereka. Melalui pelaburan asing ini juga kerajaan dapat meraih pendapatan melalui kutipan cukai. Pendapatan ini dapat digunakan semula untuk kesejahteraan rakyat.

2. Mengawal harga barang

Kerajaan dengan pelbagai agensi seperti Kementerian Perdagangan sentiasa campur tangan dalam mengawal mekanisma harga barang. Pelbagai barang yang menjadi keperluan utama pengguna dilabelkan sebagai barang terkawal. Ini bagi memastikan para peniaga tidak menaikkan harga sewenang-wenangnya hingga membebankan rakyat. Kenaikan harga barang yang tidak terkawal boleh mengancam taraf hidup rakyat. Pendapatan yang tinggi akan menjadi tidak bermakna apabila harga barang keperluan juga tinggi. Justeru itu bagi menjamin taraf hidup minima kepada rakyat, kerajaan sentiasa memantau dan mengawal harga barangan di pasaran.

3. Bantuan dan subsidi

Pelbagai agensi ditubuhkan oleh kerajaan untuk membantu rakyat dalam meraih pendapatan yang lebih baik. Antaranya penubuhan FAMA, FELCRA dan RISDA untuk membantu golongan petani dan penternak manakala IPM pula untuk membantu golongan nelayan. Melalui agensi-agensi ini rakyat yang terlibat diberi pelbagai kemudahan, ilmu, bantuan, subsidi dan khidmat nasihat agar mereka dapat meningkatkan sumber ekonomi mereka. Bantuan yang diberikan dapat membantu rakyat mencapai taraf hidup yang minima.Subsidi yang diberikan pula dapat membantu golongan yang terlibat untuk menampung kos yang diperlukan dalam kegiatan ekonomi mereka.

Selain kerajaan juga menubuhkan Tabung Bencana Alam Negara. Ini bertujuan untuk memberi bantuan dengan kadar segera kepada mangsa-mangsa bencana alam agar mereka dapat meneruskan kehidupan mereka.


4. Membuat penambahbaikan Skim Gaji Kakitangan Awam

Pada belanjawan 2007, Kerajaan telah membuat satu keputusan yang sangat positif dan drastic iaitu menaikkan gaji kakitangan awam antara 25 hingga 42 peratus. Kenaikan ini telah memberi satu impak yang besar kepada rakyat. Taraf hidup kakitangan awam telah meningkat ke satu tahap yang lebih baik. Implikasi kepada tindakan kerajaan ini juga turut mempengaruhi sektor swasta dan pentadbiran Kerajaan Negeri. Masing-masing turut mengambil langkah yang sama untuk menaikkan gaji kakitangan mereka. Justeru itu rakyat telah dapat mengubah taraf hidup mereka. Kenaikan ini telah meningkatkan daya beli dan keinginan untuk melancong kepada rakyat Malaysia. Ini secara tidak langsung telah merancakkan ekonomi dan memberi manafaat kepada golongan peniaga kecil mahupun besar.


5. Pengubalan Dasar-Dasar.

Kerajaan juga telah menggubalpelbagai dasar-dasar bagi memajukan ekonomo Negara dan memberi kesejahteraan kepada rakyat. Antara dasar-dasar yang telah dilaksanakan oleh kerajaan ialah Dasar Ekonomi baru, Dasar Pertanian Negara, Dasar Perindustrian Berat, Dasar Pengswastaan, Dasar Kependudukan dan lain-lain lagi.

Dasar Pertanian Negara misalnya dilaksanakan bagi meningkatkan sektor pertanian dan seterusnya meningkatkan taraf hidup penduduk luar Bandar. Dasar Ekonomi baru pula dirangka agar dapat membasmi kemiskinan dan merapatkan perbezaan ekonomi antara kaum. Justeru jelas dasar-dasar yan digubal oleh kerajaan adalah berteraskan usaha untuk membantu rakyat mencapai taraf hidup yang minima.


KESIMPULAN

Membincangkan isu politik, kerajaan dan Negara sesungguhnya sesuatu yang menarik dan mencabar. Apatah lagi kita sendiri adalah jasad yang turut berada di dalam Negara dan menerima kesan secara langsung dan tidak langsung dari segala tindakan dan keputusan kerajaan. Namun apa yang perlu disedari walaupun pemerintah mempunyai kuasa dan pengaruh tertentu tetapi rakyat tidak semestinya takut dan akur membuta tuli. Ini kerana rakyat juga mempunyai kuasa malah lebih hebat dari kuasa kerajaan iatu “Maka Sakte” atau “kuasa rakyat”. Kuasa yang lebih kuat dari Taufan Nargis dan lebih besar dari Tsunami.,

Akhir kata tidak akan berdiri Kerajaan tanpa Negara, tidak akan ada Negara tanpa rakyat. Rakyat sepakat, kerajaan berhemat, Negara berdaulat.


BIBLIOGRAFI

http://ms.wikipedia.org/wiki/Politik

http://www.mykhilafah.com/modules.php?name=Nahdah&pa=showpage&pid=152

Laswell, H.D. (1978). Politik: Siapa mendapat apa, bila, bagaimana. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

K. Ramanathan. (1992). Asas sains politik. (Edisi Kedua). Kuala Lumpur. Penerbit Fajar Bakti Sdn. Bhd.

3 ulasan:

  1. kalau saya ambil sains politik ni...apa kerja yang saya boleh buat..??

    BalasPadam
  2. sebaiknya jadi ahli politik, tidak pun jadi pensyarah, juga boleh jadi penulis atau pengkritik dalam bidang politik

    BalasPadam
  3. Ok terima kasih..

    BalasPadam