Pengenalan
Pertumbuhan dan perkembangan merupakan dua perkara yang mesti dilalui atau ditempuhi oleh semua individu. Namun pertumbuhan dan perkembangan adalah sangat berbeza makna dan konsepnya. Menurut Ragbir Kaur A/P Joginder Singh (2006), pertumbuhan didefinisikan sebagai perubahan-perubahan fizikal yang berlaku pada manusia dan juga merupakan perubahan-perubahan kuantitatif yang berlaku dalam diri manusia.
Atan Long dalam Kasnani Ab Karim (2006) menyatakan bahawa pertumbuhan manusia bermaksud perubahan yang boleh dinilai dan diukur secara kuantitatif dari satu peringkat ke satu peringkat perkembangan yang lain.
Daripada dua definisi yang dinyatakan dapatlah dirumuskan bahawa pertumbuhan adalah merupakan perubahan fizikal yang melibatkan pertambahan kuantiti seperti perubahan dari segi berat badan, tinggi dan pertambahan saiz badan. Pertumbuhan berlaku secara berperingkat sehingga mencapai had yang tertinggi atau maksima bila individu mencapai kematangan. Misalnya had ketinggian seseorang lelaki akan terhenti bila individu tersebut berusia sekitar 20 tahun.

Perkembangan pula dijelaskan oleh Ragbir Kaur A/P Joginder Singh (2006) sebagai perubahan-perubahan sistematik yang bertererusan dalam diri seseorang individu daripada mula lahir hinggalah ke saat kematiannya. Perubahan-perubahan tersebut bersifat kualitatif dan berlaku secara progresif dalam diri seseorang individu.
Paul Eggan dan Don Kauchak dalam Kasnani Ab Karim (2006), juga dalam Ramlan Hamzah dan Liliy Mastura Harun (2006) pula menjelaskan perkembangan adalah perubahan yang berurutan dan kekal dalam diri seseorang hasil daripada kematangan, pembelajaran dan pengalaman.
Daripada pendapat dan penjelasan tersebut dapatlah dibuat kesimpulan bahawa perkembangan ialah perubahan yang berlaku dalam diri seseorang individu yang bersifat kualitatif, iaitu perubahan yang tidak dapat diukur tetapi jelas kelihatan berubah melalui kajian dan peredaran masa. Perkembangan berlaku daripada peringkat permulaan percambahan dan pertumbuhan sel sehingga akhir hayat organisma atau seseorang individu itu.
2.0 Teori-teori dan konsep pertumbuhan dan perkembangan
Dalam membicarakan tentang teori-teori pertumbuhan dan perkembangan manusia terdapat beberapa teori yang penting dan popular. Antara teori-teori tersebut ialah seperti Teori Psiko Analisis, Teori Perkembangan Kognitif Piaget, Teori Tugas Perkembangan, Teori Perkembangan Psikososial Erikson dan sebagainya.
2.1 Teori Psiko Analisis
Teori Psiko Analisis telah diasaskan oleh Sigmund Freud iaitu seorang doktor pakar dalam bidang kaji saraf atau neurologi. Ramlan Hamzah dan Lily Mastura Harun (2006) menyebutkan bahawa selama hidupnya ia melakukan berbagai penelitian mengenai masalah kejiwaan manusia, kemudiannya dari hasil penelitiannya itu ia mencetuskan sebuah teori mengenai psikologi.

Khadijah Rohani Mohd Yunus, Mahani Razali dan Ramlah Jantan (2005) menyatakan bahawa Freud berpendapat manusia tidak rasional, tidak sosial dan penuh dengan desakan yang merosakkan dan kemusnahan diri individu itu sendiri. Ramlan Hamzah dan Lily Mastura Harun (2006) pula menghuraikan Freud membahagikan fikiran insan kepada tiga elemen, iaitu alam sedar, alam pra sedar dan alam tidak sedar.
Sementara itu Ee Ah Meng (2005) pula menyebutkan bahawa Freud amat menekankan kewujudan ingatan tidak sedar yang berfungsi untuk melindungi kesedaran kita ketika menghadapi konflik emosi dan ketegangan.
Seterusnya Freud percaya bahawa perkembangan personaliti manusia terdiri daripada tiga elemen iaiti Id, Ego dan Superego. Ee Ah Meng (2005), menyatakan bahawa id merupakan personaliti tidak sedar yang menekankan kepuasan serta merta dan hendakkan keseronokan yang maksimum. Ego merupakan bahagian personaliti yang logik dan tersusun serta bertindak mengawal keinginan id agar tidak melanggar nilai-nilai atau norma masyarakat. Manakala superego merupakan bahagian personaliti yang bermoral dan idealistik. Superego bertanggungjawab menentukan sesuatu tingkahlaku itu baik atau buruk berdasarkan pendidikan yang telah diterima sejak awal daripada ibu bapa atau gurunya. Ramlan Hamzah dan Lily Mastura Harun (2006) menambahkan bahawa ego terpaksa menanggung beban dan tanggungjawab kerana terpaksa menjadi orang tengah di antara id dan superego.

Menurut Ee Ah Meng (2005), Freud berpendapat perkembangan seseorang individu terdiri daripada peringkat-peringkat tertentu,iaitu peringkat oral sejak dari lahir hingga berumur 18 bulan. Peringkat yang kedua iaitu peringkat anal ketika kanak-kanak berumur 2 hingga 4 tahun. Seterusnya peringkat falik iaitu peringkat yang ketiga ketika kanak-kanak berusia 4 hingga 6 tahun. Peringkat yang keempat iaitu peringkat pendaman 6 hingga 12 tahun. Peringkat yang terakhir iaitu peringkat kejantinaan ketika kanak-kanak mencapai umur 12 tahun ke atas.
Tidak kurang penting juga, menurut Khadijah Rohani Mohd Yunus, Mahani Razali dan Ramlah Jantan (2005), Freud menyebutkan peristiwa yang dilalui pada zaman kanak-kanak akan mempengaruhi perkembangan pada peringkat berikutnya sepanjang hayat individu itu.
2.2 Teori Kognitif Piaget
Teori Kognitif dipelopori oleh Jean Piaget seorang ahli psikologi kanak-kanak yang digelar sebagai bapa psikologi kanak-kanak. Jean Piaget dilahirkan di Switzerland pada tahun 1896 dan meninggal dunia pada September 1980. Menurut Ee Ah Meng (2005), Piaget berpendapat perkembangan kognitif seseorang kanak-kanak mengikut satu siri urutan yang berperingkat–peringkat. Piaget membahagikan perkembangan tersebut kepada empat peringkat, iaitu peringkat deria motor daripada mula lahir sehingga berumur 2 tahun. Peringkat yang kedua ialah peringkat praoperasi ketika kanak-kanak berumur 2 hingga 7 tahun, peringkat yang ketiga ialah peringkat operasi konkrit iaitu ketika kanak-kanak berusia 7 hingga 11 tahun dan peringkat yang keempat iaitu peringkat operasi formal bagi kanak-kanak yang berumur 11 tahun ke atas.

Piaget dalam Khadijah Rohani Mohd Yunus, Mahani Razali dan Ramlah Jantan (2005), menyatakan bahawa kanak-kanak aktif membentuk kefahaman terhadap persekitaran melalui empat tahap perkembangan kognitif yang dibahagikan kepada dua proses utama. Dua proses yang dimaksudkan tersebut ialah organisasi dan adaptasi. Organisasi membawaa maksud individu mengorganisasi segala pemerhatian dan pengalamannya, manakala adaptasi pula ialah individu mengadaptasi pemikirannya dengan memasukkan idea-idea baru bagi menambahkan lagi kefahaman tentang sesuatu perkara. Proses adaptasi ini dilakukan melalui dua cara iaitu asimilasi yang bermaksud menambahkan maklumat baru dan akomodasi bermaksud mengubahsuai maklumat sedia ada untuk memahami maklumat baru.
2.3 Teori Perkembangan Psikososial Erikson
Teori Perkembangan Psikososial ini dipelopori oleh Erik Homburger Erikson yang dilahirkan di Frankfurt, Jerman pada tahun 1902. Teori tersebut digelar psikososial kerana beliau menggabungkan tiga faktor yang mempengaruhi perkembangan individu, iaitu faktor kendiri, emosi dan sosial. Menurut Ragbir Kaur A/P Joginder Singh (2006), perkembangan kendiri dan sosial manusia berlaku dalam satu siri perkembangan yang berperingkat dan setiap peringkat ada matlamat, kebimbangan, perkembangan, pencapaian dan bahayanya yang tersendiri.

Menurut Ee Ah Meng (2005) pula, Erikson percaya manusia berpotensi untuk mengalami perkembangan psikologi yang sihat dan berupaya mengatasi kesulitan yang timbul dari semasa ke semasa pada peringkat-peringkat perkembangan yang tertentu. Selanjutnya Ee Ah Meng (2005) menyenaraikan lapan peringkat perkembangan manusia yang telah dikenalpasti oleh Erikson.
Peringkat yang pertama kepercayaan lawan tidakpercayaan, semenjak dari lahir sehingga berumur 18 bulan. Peringkat kedua, autonomi lawan perasaan malu dan keraguan ketika kanak-kanak berumur 18 bulan hingga 3 tahun. Seterusnya peringkat inisiatif lawan perasaan bersalah ketika kanak-kanak berusia 3 hingga 6 tahun. Peringkat keempat ketekunan lawan rasa rendah diri, ketika kanak-kanak berumur 6 hingga 12 tahun. Peringkat kelima identiti lawan kekeliruan identiti ketika berusia 12 hingga 18 tahun, seterusnya kerapatan lawan pengasingan ketika berumur 18 hingga 35 tahun. Peringkat yang ketujuh generaviti lawan pemusatan kendiri ketika berumur 35 hingga 60 tahun dan akhir sekali peringkat kesepaduan lawan putus asa, iaitu ketika berumur 60 tahun hingga akhir hayat.
2.4 Teori Tugas Perkembangan
Teori ini telah diperkenalkan oleh Robert J Havighurst yang telah dilahirkan pada 05 Jun 1900. Menurut Atan Long dalam Kasnani Ab Karim et. al (2006), tugas perkembangan bermaksud jangkaan ibu bapa dan masyarakat tentang tingkahlaku yang sepatutnya dikuasai oleh individu pada peringkat umur tertentu. Seterusnya Havighurst menekankan bahawa perkembangan seseorang kanak-kanak amat dipengaruhi oleh alam sekitarnya. Ini juga bermakna perkembangan personaliti juga dipengaruhi oleh nilai, norma serta budaya masyarakatnya. Menurut Ee Ah Meng (2005), selain budaya, faktor-faktor biologi, sosial dan psikologi juga mempengaruhi perkembangan seseorang individu.

Jika seseorang individu berjaya mencapai tugas perkembangan maka individu akan menikmati kebahagian dan akan mencapai tugas perkembangan kemudiannya dan begitulah jika sebaliknya.
Menurut Ragbir Kaur A/P Joginder Singh (2006), Havighurst membahagikan tugas-tugas perkembangan kepada tiga peringkat. Peringkat pertama ialah semenjak lahir hingga zaman kanak-kanak iaitu 0 hingga 6 tahun. Peringkat kedua zaman kanak-kanak ketika berumur 6 hingga 12 tahun dan akhir sekali peringkat zaman pra remaja dan remaja ketika berusia 12 hingga 18 tahun.
3.0 Faktor-Faktor Yang Mempengaruhi Perkembangan Seseorang Individu
Secara umumnya terdapat dua faktor yang mempengaruhi perkembangan seseorang individu. Dua faktor tersebut ialah faktor eksogen dan faktor endogen. Menurut Ramlan Hamzah dan Lily Mastura Harun (2006), Khadijah Rohani Mohd Yunus, Mahani Razali dan Ramlah Jantan (2005) serta Zaharah Abu Bakar (2007), mereka telah menyebutkan perkembangan manusia dipengaruhi oleh kedua-dua faktor tersebut dan meletakkan faktor baka sebagai salah satu daripada faktor endogen

Namun Ragbir Kaur A/P Joginder Singh (2006), Ee Ah Meng (2005), dan Kasnani Ab Karim et. al (2006), membincangkan faktor pertama sebagai faktor baka dan faktor kedua persekitaran, faktor persekitaran pula dibahagikan kepada faktor pralahir (endogen) dan selepas lahir (eksogen).
Saya lebih bersetuju untuk membawa perbincangan mengikut pendapat kumpulan pertama.
3.1 Faktor Endogen
Menurut Ramlan Hamzah dan Lily Mastura Harun (2006) faktor endogen ialah sifat yang dibawa individu sejak dalam kandungan hingga kelahiran. Faktor endogen juga dikenali sebagai faktor keturunan atau pembawaan.
Faktor endogen yang pertama ialah baka. Pengaruh baka ke atas perkembangan kanak-kanak jelas dilihat daripada ciri-ciri fizikal, ciri fisiologi, kecacatan mental, sahsiah dan kecerdasan.
Faktor yang kedua ialah pemakanan, pemakanan yang seimbang penting demi pertumbuhan dan perkembangan bayi yang sihat dan kuat. Seterusnya faktor kesihatan ibu, ibu yang sihat akan melahirkan bayi yang sihat dan begitulah sebaliknya. Faktor keempat penyalahgunaan dadah dan alkohol, ini akan membahayakan perkembangan biasa seorang bayi. Kelima faktor Rh darah, suami isteri dengan faktor Rh yang bercanggah akan mengalami masalah keguguran dan kematian bayi pada peringkat sebelum atau selepas lahir.
Selain itu kesan X-Ray yang berlebihan akan menyebabkan bayi yang dilahirkan cacat samada jasmani atau mental. Faktor emosi ibu, ibu yang sentiasa takut, bimbang atau tertekan kemungkinan akan melahirkan bayi yang kurang sihat.
3.2 Faktor eksogen
Ragbir Kaur A/P Joginder Singh (2006), berpendapat faktor eksogen merupakan faktor yang datang dari luar individu, seperti keluarga, rakan sebaya, budaya, tekonologi, guru dan sekolah, media massa serta masyarakat.
Faktor pemakanan seseorang bayi perlu dijaga sejak peringkat awal kelahiran lagi. Pemakanan yang seimbang dan berkhasiat menjamin perkembangan jasmani dan mental yang sihat. Faktor keluarga sangat mempengaruhi perkembangan seseorang individu. Cara asuhan yang efektif ialah memberi kebebasan kepada anak untuk berkembang tetapi meletakkan batasan yang perlu diikuti.

Faktor rakan sebaya sangat mempengaruhi individu sejak seseorang mula bersosial di luar rumah selain daripada adik beradiknya. Individu belajar menyesuaikan diri dengan masyarakat seperti menghormati, bekerjasama, bertanggungjawab, mematuhi peraturan dan sebagainya. Selain itu sekolah juga mempengaruhi perkembangan individu. Melalui sekolah individu belajar tentang norma kumpulan dan peraturan kumpulan dan cuba menyesuaikan diri.
Persekitaran tempat tinggal juga mempengaruhi perkembangan individu. Secara am terdapat tiga kawasan tempat tinggal, iaitu kawan bandar, luar bandar dan pinggir bandar. Biasanya masyarakat di bandar lebih berfikiran terbuka, optimistik dan bercita-cita tinggi. Masyarakat luar bandar pula suka bekerjasama,pertalian hubungan yang rapat serta mementingkan nilai-nilai murni.
Seterusnya faktor media elektronik dan sebaran am. Pada masa ini perhubungan manusia adalah tidak terbatas, manusia lebih maju dalam perhubungan dan maklumat. Seseorang individu boleh dan mudah terpengaruh dengan media elektronik dari segi pergaulan, berpakaian, pemakanan dan sebagainya.
Seterusnya pusat ibadat seperti masjid, surau, gereja, dan kuil juga akan membentuk individu yang menghayati nilai-nilai murni seperti belas kasihan, kesyukuran, amanah, bertimbang rasa dan bertoleransi.

Faktor persekitaran dunia seperti ahli-ahli politik dan pemimpin ekonomi, sosial dan bidang-bidang lain seluruh dunia boleh mempengaruhi penduduk di satu-satu tempat .
4.0 Personaliti Di Kalangan Murid-Murid
Menurut Kagan,J.dan Segal,J. dalam Ee Ah Meng (2005) personaliti ditakrifkan sebagai corak keseluruhan seseorang individu yang merangkumi cara berfikir, bertingkah laku dan hubungannya dengan alam sekitar. Eysenck juga adalam Ee Ah Meng (2005), menyatakan personaliti ialah organisasi watak, perangai, intelek, bentuk badan yang agak stabil dan menentukan penyesuaiannya yang unik terhadap persekitarannya.
Menurut Ragbir Kaur A/P Joginder Singh (2006), personaliti terdiri daripada dua aspek yang utama iaitu watak dan tret. Watak ialah sebahagian daripada personaliti yang merangkumi sifat-sifat seperti jujur, amanah, kebersihan, toleransi dan belas kasihan. Manakala tret pula merujuk kepada ciri-ciri personaliti yang agak kekal seperti personaliti introvert dan personaliti ekstrovert.

Dapatlah difahamkan bahawa setiap individu mempunyai personaliti yang tersendiri. Di samping itu personaliti boleh melambangkan ciri-ciri keperibadian seseorang individu.
Personaliti pula dapat diklasifikasikan kepada tiga jenis, iaitu ekstrovert, introvert dan ambivert. Ragbir Kaur A/P Joginder Singh (2006), menjelaskan individu yang mempunyai personaliti ekstrovert akan menunjukkan ciri-ciri seperti gemar aktiviti luar, aktif, mesra dan peramah, inovatif, cepat bertindak balas dan bersikap terbuka. Manakala individu berpesonaliti introvert biasanya menunjukkan ciri-ciri seperti pasif, suka berseorangan, pemalu, sensitif, boleh diperecayai, tenang, cermat dan kurang percaya diri sendiri. Sementara personaliti ambivert pula ialah individu yang memiliki kedua-dua ciri personaliti ekstrovert dan introvert.

Sebagai seorang guru, memang saya sentiasa berhadapan dengan pelbagai personaliti di kalangan murid-murid saya. Biasanya murid-murid lelaki mempunyai personaliti jenis ekstrovert berbanding murid perempuan. Murid perempuan yang lemah dalam pelajaran sangat ketara ciri-ciri personaliti introvertnya. Sebagai contoh, Wan Khautsar bt Wan Osman pelajar 3 Diplomat di Sekolah Kebangsaan Jalan Datuk Kumbar, Alor Star adalah seorang pelajar yang pendiam, pemalu, suka bersendirian, kurang percaya kepada diri sendiri. Saya yakin Wan Khautsar mempunyai personaliti demikian kerana dia adalah merupakan di antara pelajar yang paling lemah dalam pelajaran di dalam kelas tersebut.
Mohamad Izzudin b Ramli dari kelas yang sama memiliki personaliti ambivert. Ciri-ciri personaliti ini dapat dikesan kerana semasa belajar di dalam kelas Mohamad Izzudin kelihatan pasif, kurang keyakinan diri tidak berani mencuba, enggan mengambil bahagian dalam aktiviti yang dijalankan kerana Mohamad Izzudin seoraang murid yang tidak dapat membaca. Sebaliknya semasa pelajaran Pendidikan Jasmani, Mohamad Izzudin mempamerkan sikapnya yang sukakan aktiviti yang dijalankan, aktif, mesra, kreatif dan sebagainya.
Kebanyakan murid lelaki seperti Mohamad Safwan, Nur Alif, Mohamad Loqman dan beberapa orang lagi yang maju dalam pelajaran sentiasa menunjukkan ciri-ciri ekstrovert.
5.0 Perbezaan Individu.
Allah swt yang maha bijaksana lagi berkuasa telah menciptakan manusia ini berbeza antara seorang individu dengan individu yang lain, malahan kembar sekalipun. Menurut Kasnani Ab Karim et. al (2006), perbezaan ini wujud walaupun di antara dua kembar seuri. Terdapat perbezaan yang sangat ketara seperti saiz badan, jantina, bangsa, budaya, dan sebagainya. Di samping itu Kasnani Ab Karim et. al (2006), menyatakan terdapat juga perbezaan yang tidak ketara seperti ciri-ciri personaliti dan reaksi emosi, latar belakang keluarga, gaya hidup dan sebagainya.

Menurut Ragbir Kaur A/P Joginder Singh (2006), perbezaan individu boleh ditakrifkan sebagai variasi atau ketidaksamaan individu daripada norma kumpulan samada daripada sifat-sifat kognitif, emosi, fizikal, moral, tingkah laku sosial, bakat dan lain-lain aspek yang mungkin terdapat di kalangan individu.
Borich dan Tombari dalam Ramlan Hamzah dan Lily Mastura Harun (2006), berpendapat perbezaan individu adalah variasi yang boleh diperhatikan di kalangan ahli-ahli satu kumpulan dari segi ciri-ciri tertentu seperti temperamen, tahap tenaga, pola persahabatan dan hubungan ibu bapa dengan anak-anak.

Menurut Kasnani Ab Karim et. al (2006), perbezaan individu ialah kelainan-kelainan yang terdapat pada seseorang individu yang disebabkan warisan dan persekitaran.
Perbezaan individu boleh dirumuskan sebagai, perbezaan yang boleh dilihat pada seseorang individu atau kumpulan tertentu dari berbagai-bagai aspek, samada dari segi fizikal, mental, sosial, emosi dan sebagainya lagi.
5.1 Aspek Perbezaan Individu
Seseorang individu berbeza dari aspek fizikal, kognitif, sosial, emosi dan rohani. Bagaimana individu berbeza dari aspek-aspek tersebut ?
5.1.1 Perbezaan Kognitif atau mental
Seseorang individu mempunyai perbezaan dari segi kecerdasan mental, keupayaan berfikir, mengingat, menaakul, kebolehan berbahasa, mengira, berfikiran logis, dan berimaginasi. Seseorang individu juga berbeza dari segi memproses rangsangan-rangsangan yang diterima daripada persekitaran dengan cara yang berlainan.
5.1.2 Perbezaan sosial
Kebolehan untuk berinteraksi juga bergantung kepada sifat seseorang individu, sekiranya seseorang itu bersifat ekstrovert maka individu tersebut lebih mahir bersosialisasi atau bercampur gaul berbanding dengan seseorang introvert.
5.1.3 Perbezaan Fizikal
Seseorang individu itu adalah berbeza dari segi tinggi, berat badan, jantina, warna kulit, paras rupa, dan sebagainya. Pada amnya seorang lelaki lebih kekuatan fizikalnya berbanding perempuan.
5.1.4 Perbezaan Emosi
Seseorang individu mempunyai tahap emosi yang berlainan seperti mudah mesra, kawalan perasaan, ketabahan dan toleransi, rasa marah, dan sebagainya. Keadaan ini berlaku kerana seseorang itu berasal dari keluarga yang mempunyai tahap sosio emosi yang berlainan.
5.1.5 Perbezaan Rohani
Biasanya seseorang individu akan mengikut agama ibu bapa mereka dan sesuatu bangsa mengamalkan kepercayaan beragama yang sama.
Sebenarnya aspek perbezaan individu bukanya terbatas kepada lima aspek yang telah disenaraikan di atas. Masih terdapat berbagai-bagai aspek yang lain seperti, bangsa, bahasa, lokasi tempat tinggal, fahaman politik, status ekonomi, aspirasi dan motivasi, kesihatan dan seumpamanya.
5.2 Faktor Yang Mempengaruhi Perbezaan Individu
Terdapat pelbagai faktor yang memainkan peranan dalam menimbulkan perbezaan individu. Bagaimanapun faktor-faktor tersebut boleh digolongkan kepada dua kumpulan, iaitu faktor baka dan faktor persekitaran.
5.2.1 Faktor Baka
Menurut Ee Ah Meng (2005), baka memainkan peranan yang penting dalam menentukan ciri-ciri fizikal seperti warna mata, warna rambut, tinggi atau rendah seseorang itu. Dari segi mental pula, ibu bapa yang cerdas biasanya akan mendapat anak-anak yang cerdas juga. Perangai seorang kanak-kanak juga dipengaruhi oleh faktor baka. Ibu bapa yang cepat hilang akal, akan melahirkan anak yang tidak stabil emosinya.
Kasnani Ab Karim et. al (2006), pula berpendapat setiap orang akan mewarisi sebahagian besar paras rupa, tahap kecerdasan, temperamen, tahap aktiviti, tret personaliti, gaya bahasa, gaya hidup, sikap dan minat. Baka diperturunkan oleh ibu bapa melalui percantuman 23 kromosom ibu dan 23 kromosom bapa.
5.2.2 Faktor Persekitaran
Kasnani Ab Karim et. al (2006), berpendapat faktor persekitaran yang mempengaruhi perbezaan antara individu ialah seperti, kebudayaan, masyarakat, pengalaman, rakan sebaya, media massa, suasana keluarga, taraf ekonomi keluarga, dan pemakanan.
Ee Ah Meng (2005), pula berpendapat keadaan kelahiran, sosioekonomi keluarga, asuhan ibu bapa, rakan sebaya, kebudayaan dan norma, kemudahan-kemudahan pembelajaran, serta jantina adalah faktor-faktor persekitaran yang mempengaruhi perbezaan individu.
Ringkasnya faktor persekitaran adalah perkara-perkara yang bukan genetik yang mempengaruhi perbezaan individu.
5.3 Pengalaman Menangani Masalah Perbezaan Individu
Sebagai seorang guru yang sentiasa berhadapan dengan puluhan murid-murid yang mempunyai pelbagai perbezaan , saya selalu :-
5.3.1 Meminta pelajar yang cerdas membantu rakan mereka yang agak lemah. Dalam aktiviti berkumpulan saya pastikan sesuatu kumpulan terdiri daripada pelajar yang berbeza tahap pencapaiannya. Selain itu saya juga mempelbagaikan isi pelajaran agar pelajar yang berbeza dari segi kognitifnya dapat faedah dari pengajaran dan pembelajaran yang dijalankan.
5.3.2 Dari segi penggunaan alat bantu belajar saya mempelbagaikan, agar pelajar yang berbeza dari segi kebolehan atau minat mendapat faedah daripadanya. Di samping itu saya tidak terikat dengan satu strategi pengajaran sahaja.
5.3.3 Saya akan merujukkan pelajar yang menghadapi masalah emosi, masalah disiplin dan sebagainya kepada Guru Bimbingan dan Kaunseling di sekolah saya.
5.3.4 Mencadang dan mencalonkan para pelajar yang miskin untuk diberi bantuan yang disediakan oleh pihak kerajaan.
5.3.5 Berbincang dengan waris pelajar semasa ‘hari bersama pelanggan’ tentang perkembangan anak-anak mereka.
6.0 Penutup
Pengetahuan seseorang guru mengenai perkembangan dan pertumbuhan kanak-kanak serta perbezaan individu dapat membantu guru semasa merancang pembelajaran dan juga semasa aktiviti pengajaran dan pembelajaran di dalam bilik darjah. Melalui pengetahuan tersebut juga, seseorang guru sedar bahawa 30 hingga 40 orang pelajar di dalam kelasnya mempunyai perbezaan-perbezaan yang tertentu. Justeru sebagai guru yang dedikasi, adalah tidak wajar untuk melayan semua pelajarnya dengan satu cara yang sama sahaja.
Akhirnya saya berpendapat, pengetahuan tersebut perlu dijelmakan oleh seseorang guru semasa berinteraksi dengan para pelajarnya di dalam bilik darjah. Hal demikian adalah lebih adil kepada semua pelajar apabila guru melayani mereka mengikut perbezaan-perbezaan tersebut. Ini akan memberi kesan yang positif dan pembelajaran menjadi lebih berkesan dan menarik. Matlamat untuk melahirkan insan yang berilmu dan seimbang dari segi rohani, jasmani, intelek dan emosi melalui pendidikan akan menjadi kenyataan.
RUJUKAN
Ee Ah Meng (2005). Psikologi Pendidikan I : Psikologi Perkembangan. Shah Alam : Penerbit Fajar Bakti Sdn Bhd.
Ee Ah Meng (2005). Ilmu Psikologi : Pengetahuan dan Ketrampilan Ikhtisas. Shah Alam : Penerbit Fajar Bakti Sdn Bhd.
Kasnani Ab Karim [et. al.] (2006). Perkembangan Pendidikan Prasekolah. Subang Jaya : Kumpulan Budiman Sdn Bhd.
Khadijah Rohani Mohd Yunus, Mahani Razali & Ramlah Jantan (2005). HBEF2103 Psikologi Pendidikan. Kuala Lumpur : Open Universiti Malaysia.
Ragbir Kaur A/P Joginder Singh (2006). Panduan Ulangkaji Ilmu Pendidikan Untuk Kursus Perguruan Lepasan Ijazah (KPLI). Subang Jaya : Kumpulan Budiman Sdn Bhd.
Ramlan Hamzah & Lily Mastura Harun (2006). Panduan Ulangkaji Psikologi Pendidikan Untuk Prasarjana Muda dan KPLI. Subang Jaya : Kumpulan Budiman Sdn Bhd.

Tiada ulasan:
Catat Ulasan