Ahad, 17 Januari 2010

Mikro Ekonomi

Petrol merupakan komoditi yang paling penting di dalam kehidupan seharian kita
dan banyak digunakan sebagai input di dalam sektor ekonomi seperti pengangkutan, pembinaan dan sebagainya. Jika peperangan berlaku di Negara A, yang merupakan negara pengeluar minyak terbesar di dunia, maka penawaran petrol akan terganggu dan pelbagai masalah ekonomi akan wujud di negara –negara seluruh dunia.


Pengenalan

Kepentingan petrol sebagai bahan komoditi yang paling penting dalam kehidupan harian kita tidak dapat dinafikan lagi. Petrol menjadi bahan asas utama untuk menggerakkan ekonomi global. Terlebih maklum petrol digunakan secara meluas di dalam sektor ekonomi seperti pengangkutan, perindustrian, pembinaan, dan sebagainya. Apabila Negara A yang merupakan negara pengeluar minyak terbesar di dunia mengalami peperangan, sudah pasti penawaran petrol akan terjejas sekaligus akan menimbulkan kesan kepada ekonomi global. Sebagai contoh apabila berlakunya peperangan di Iraq, aktiviti pengeluaran minyak hampir lumpuh sama sekali. Menurut OPEC dalam http://naturulis.blogspot.com/2007/ kemampuan pengeluaran minyak harian negara tersebut telah merosot dengan ketara dari 2 juta tong sehari kepada kurang daripada 50 000 tong sehari. Justeru keadaan ini telah menyumbang kepada kenaikan harga minyak di pasaran dunia.

Secara prinsipnya setiap kenaikan harga minyak di pasaran dunia akan mengakibatkan kewujudan kesan ekonomi yang berangkai, seperti kenaikan harga runcit petrol yang dibeli oleh pengguna. Kenaikan harga petrol sudah pasti akan mengakibatkan kesan berganda terhadap barang dan perkhidmatan yang lain. Jika kos pengangkutan meningkat maka harga barangan juga akan meningkat. Jika harga barangan dan perkhidmatan meningkat maka ia akan meningkatkan kos hidup. Jika kos hidup terlalu tinggi dan tidak selaras dengan pendapatan maka kualiti hidup akan menurun. Keadaan ini akan mengganggu kesihatan sama ada fizikal, mental atau emosi penduduk. Gangguan kesihatan yang berlarutan pula akan memberi kesan kepada produktiviti dan seterusnya pengeluaran dan pendapatan negara turut akan terjejas.

Selain itu peningkatan harga petrol juga akan memberi kesan secara langsung terhadap pasaran kereta kerana kereta dan petrol adalah barang penggenap. Kenaikan harga petrol akan menyebabkan pasaran kereta akan menurun kerana hubungan kedua-duanya adalah bersifat songsang. Begitu juga apabila harga petrol di pasaran dunia meningkat permintaan bagi biodiesel yang berasaskan minyak kelapa sawit akan meningkat. Biodisel ialah barang pengganti kepada petrol. Hubungan diantara kedua-dua bahan tersebut adalah bersifat positif.



Soalan 1:
Berikan penjelasan apakah yang akan berlaku pada harga dan kuantiti petrol di pasaran dunia? Berikan penjelasan dan lukiskan keluk yang berkaitan.
Huraian jawapan :
Jika peperangan berlaku di Negara A, yang merupakan negara pengeluar minyak terbesar dunia maka keadaan pasaran petrol akan mengalami perubahan dari segi penawaran dan harganya. Keadaan ini berlaku melibatkan tiga peringkat masa, iaitu semasa perang, selepas perang yakni dalam jangka masa pendek dan dalam jangka masa panjang.

Semasa peperangan berlaku pengeluaran petrol dari Negara A akan mengalami kemerosotan dan menyebabkan penawaran petrol dunia menurun. Keadaan ini disebabkan dalam keadaan peperangan, aktiviti pengedaran minyak menjadi lebih sukar akibat dari ancaman bom yang tidak dapat diramalkan. Ancaman periuk api di kawasan perairan juga boleh menenggelamkan kapal-kapal tangki yang membawa minyak. Dalam keadaan perang, syarikat-syarikat insuran bertindak untuk menaikkan premium insuran kargo selaras dengan peningkatan risiko. Risiko kapal tangki ditenggelamkan adalah lebih tinggi daripada biasa. Dalam jangka masa pendek keadaan inilah yang menyumbang kepada kemerosotan penawaran minyak mentah dunia dan menjadi sebab kepada kenaikan harga minyak secara umum dan harga petrol secara khusus.

Pada dasarnya permintaan petrol adalah tidak berubah kerana semua aktiviti yang menggunakan petrol seperti kereta, lori, bas, janakuasa, perindustrian, perkapalan dan lain-lain perlu terus digerakkan dan beroperasi. Sebagai barangan keperluan (mesti guna), perubahan pada harga petrol tidak menjejaskan permintaan petrol dengan ketara.

Tetapi apabila peperangan ini berterusan dalam jangka masa yang agak lama keadaan semakin meruncing kerana pada ketika itu permintaan bagi petrol pula akan meningkat. Perkembangan pesat ekonomi negara-negara membangun, pertambahan penduduk dunia, perkembangan perindustrian kereta, peningkatan pendapatan dan kekayaan pengguna adalah antara faktor yang menyebabkan peningkatan permintaan bagi petrol di pasaran dunia. Dalam keadaan demikian telah meransang harga petrol terus meningkat lagi.

Kesan peperangan di Negara A, sebenarnya telah merubah pasaran petrol dunia. Ini ditunjukkan oleh rajah 1 di bawah.

P Harga D¹

Dº S¹
P² E²

P¹ E¹





Sº Dº

0 Q¹ Q² Qº Q³ Q Kuantiti petrol

Rajah 1 : Keluk Permintaan dan Penawaran Petrol

Rajah 1 di atas menunjukkan sebelum berlakunya peperangan di Negara A, keluk penawaran dan permintaan terhadap petrol adalah seimbang. Harga yang ditawarkan adalah sama dengan harga yang diminta. Titik keseimbangan bagi pasaran petrol berada di Eº iaitu keluk permintaan DºDº bersilang dengan keluk penawaran SºSº. Pada titik Eº, harga dan kuantiti keseimbangan pasaran petrol adalah sebanyak Pº dan Qº, yakni kuantiti diminta adalah sama dengan kuantiti yang ditawarkan.

Setelah berlakunya peperangan di Negara A, pengeluaran minyak adalah berkurangan yang menyebabkan penawarannya menurun. Ini telah menyebabkan keluk penawaran beralih ke kiri dari SºSº ke S¹S¹. Pada masa yang sama permintaan bagi petrol adalah tetap, disamping harga petrol juga masih kekal di Pº dan kuantiti petrol yang ditawarkan beralih dari Qº ke Q¹

Kemudiannya dalam jangka masa yang tertentu kesan penurunan penawaran petrol telah menyebabkan harga petrol di pasaran dunia meningkat dari Pº ke P¹. Keluk permintaan DºDº bersilang dengan keluk penawaran S¹S¹ dan mewujudkan titik keseimbangan baru E¹. Pada titik keseimbangan tersebut harga dan kuantiti keseimbangan beralih dari Pº ke P¹ dan dari Q¹ ke Q².

Pasaran bagi petrol akan berubah dalam suatu jangka panjang apabila permintaan bagi petrol meningkat. Peningkatan tersebut didorong oleh perkembangan pesat ekonomi negara-negara membangun, pertambahan penduduk dunia, perkembangan perindustrian kereta, peningkatan pendapatan pengguna dan sebagainya. Keadaan ini ditunjukkan apabila keluk permintaan petrol beralih dari DºDº ke D¹D¹. Keluk permintaan D¹D¹ bersilang dengan keluk penawaran S¹S¹ telah mewujudkan titik keseimbangan yang baru iaitu E². Pada titik keseimbangan E² harga pasaran petrol telah meningkat lagi dari P¹ ke P². Kuantiti keseimbangan bagi pasaran petrol juga telah beralih dari Q² ke Q³.



Soalan 2:
Berdasarkan kepada perubahan yang berlaku sepertimana peristiwa di atas, apakah yang akan berlaku kepada pasaran kereta? (Nota: Petrol dan Kereta adalah barang Penggenap). Apakah yang akan terjadi kepada harga dan kuantiti bagi pasaran kereta berikutan dengan peperangan yang berlaku? Berikan penjelasan dengan menggunakan 2 keluk (pasaran Petrol dan Pasaran Kereta)

Huraian jawapan :
Petrol dan kereta adalah merupakan barangan penggenap. Barang penggenap ialah barang-barang yang digunakan bersama-sama atau serentak. Hubungan barangan adalah bersifat negatif, yakni jika pasaran bagi petrol menurun pasaran bagi kereta juga akan menurun dan begitulah sebaliknya.

Apabila peperangan berlaku peperangan di Negara A, maka pasaran petrol dunia akan menurun kerana Negara A yang merupakan negara pengeluar minyak utama dunia mengalami pengurangan penawaran petrol. Oleh itu apabila penawaran petrol merosot maka pasaran bagi kereta juga akan turut merosot.
P Harga
Dº S¹


P¹ E¹ Sº

Pº Eº


Sº Dº

0 Q¹ Qº Q Kuantiti petrol

Rajah 2 : Keluk pasaran petrol

Rajah di atas menunjukkan bahawa sebelum peperangan berlaku keluk penawaran dan permintaan bagi petrol seimbang. Selepas berlakunya peperangan maka berlaku pengurangan penawaran petrol, dan keluk penawaran SºSº telah beralih kepada S¹S¹. Pada masa yang sama permintaan bagi petrol masih tetap. Titik keseimbangan pasaran juga telah berubah dari Eº ke E¹, dan kuantiti petrol yang ditawarkan juga mengalami pengurangan dari Qº ke Q¹. Akibatnya tingkat harga bagi pasaran petrol juga meningkat dari Pº ke P¹.

Apabila harga petrol meningkat daripada Pº ke P¹ maka kuantiti permintaan bagi kereta juga akan berkurangan. Rajah 3 di bawah menunjukkan keadaan tersebut.


P Harga


D¹ Sº


Pº Eº
P¹ E¹

Sº Dº

0 Q¹ Qº Q Kuantiti kereta

Rajah 3 : Keluk pasaran kereta

Sebelum peperangan di Negara A berlaku, pasaran bagi kereta ditunjukkan dalam rajah di atas. Keluk permintaan DºDº bersilang dengan keluk penawaran SºSº. Titik keseimbangan bagi pasaran kereta pula berada di Eº dengan tingkat harga di Pº. Apabila berlaku peperangan penawaran bagi petrol berkurangan maka permintaan bagi kereta yang menjadi barang penggenap bagi petrol turut berkurangan. Keluk permintaan kereta akan beralih ke kiri dari DºDº ke D¹D¹, sedangkan penawarannya adalah tetap. Maka titik keseimbangan turut berubah dari Eº ke E¹. Harga keseimbangannya telah menurun dari Pº ke P¹ dan begitu juga dengan kuantiti keseimbangan yang telah berkurangan dari Qº ke Q¹.



Soalan 3:
Diandaikan bahawa negara B telah mengeluarkan kenderaan yang menggunakan minyak kelapa sawit sebagai alternatif kepada penggunaan petrol (Nota : minyak kelapa sawit sebagai barang Pengganti kepada petrol), terangkan apa akan terjadi kepada harga dan kuantiti minyak kelapa sawit. Berikan penjelasan anda menggunakan keluk yang berkaitan.

Huraian jawapan :

Apabila peperangan berlaku di Negara A, penawaran petrol dunia menurun dan menyebabkan harga petrol meningkat. Kesan selanjutnya menyebabkan pasaran kereta juga mengalami penurunan kerana kereta dan petrol adalah barang penggenap. Lantaran itu telah mendorong Negara B mengeluarkan kereta yang menggunakan minyak kelapa sawit sebagai bahan api. Minyak kelapa sawit adalah barang pengganti bagi petrol yang sedang mengalami kenaikkan harga. Hal ini menyebabkan permintaan bagi biodiesel yang berasaskan kelapa sawit akan meningkat, kerana hubungan bagi barangan pengganti adalah positif. Yakni ketika harga petrol di pasaran dunia meningkat memberikan implikasi kepada pengguna untuk menggunakan minyak kelapa sawit sebagai alternatif.

P Harga





P¹ E¹

Pº Eº E²







Sº S¹ Dº

0 Qº Q¹ Q² Q
Kuantiti kelapa sawit

Rajah 4 : Keluk pasaran minyak kelapa sawit

Pasaran minyak kelapa sawit sebelum bahan tersebut dijadikan bahan pengganti kepada petrol dapat ditunjukkan melalui keluk permintaan DºDº dan keluk penawaran SºSº. Ketika itu titiuk keseimbangan bagi pasaran minyak kelapa sawit ialah di Eº dengan kuantiti pasarannya di Qº dan harga pasaran pula di tingkat Pº.

Apabila berlaku kenaikkan harga petrol di pasaran dunia mendorong Negara B mengeluarkan kereta menggunakan minyak kelapa sawit. Kesannya permintaan bagi minyak kelapa sawit turut meningkat. Hal demikian menyebabkan keluk permintaan bagi minyak kelapa sawit telah beralih dari DºDº ke D¹D¹. Pada masa yang sama penawaran bagi minyak tersebut masih kekal dan tidak berubah. Apabila permintaan meningkat menyebabkan titik keseimbangan juga berubah dari Eº ke E¹, jumlah kuantiti kelapa sawit yang diminta juga meningkat daripada Qº ke Q¹ sekaligus menyebabkan harga pasaran juga meningkat dari Pº ke P¹.

Apabila berlaku kenaikan harga pasaran minyak kelapa sawit menyebabkan negara-negara pengekspot kelapa sawit menambahkan penawarannya ke pasaran dunia. Ketika ini keluk penawaran telah beralih dari SºSº ke S¹S¹. Keluk S¹S¹ bersdilang dengan keluk D¹D¹ yang mewujudkan titik keseimbangan baru iaitu E² dan harga pasaran kembali ke tingkat asal iaitu Pº dengan jumlah kuantiti pasaran bertambah lagi menjadi Q².


Kesimpulan :

Kesimpulannya, disebabkan peperangan yang melanda Negara A, seluruh dunia turut merasai bahangnya. Kenaikkan harga petrol tersebut memberi kesan positif dan negatif terhadap ekonomi global. Kesan positif atau kebaikan daripada kenaikkan petrol ialah berkembangnya penggunaan minyak kelapa sawit dalam bentuk biodoesel. Ini akan membantu dalam perkembangan industri kelapa sawit. Sementara kesan negatifnya adalah seperti yang telah dinyatakan di atas yakni peningkatan kos hidup dan ancaman kepada industri kereta kerana petrol dan kereta adalah barang penggenap.

2 ulasan: