1.0 Pengenalan
Golongan berkeperluan khas adalah sebahagian daripada kelompok masyarakat di negara kita. Berdasarkan statistik Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) yang berakhir Disember 2007 terdapat seramai 220 250 Orang Kurang Upaya (OKU) yang berdaftar di jabatan tersebut. Tidak dinafikan masih terdapat sebahagian lagi golongan tersebut yang belum berbuat demikian. Perlu disedari juga bahawa golongan berkeperluan khas bukanlah OKU sahaja, malah juga melibatkan golongan warga emas yang mengalami masalah keuzuran kesihatan terutamanya dari segi fizikal.
Walaupun angka tersebut jika diterjemahkan kepada bentuk peratusan, belum mencecah lima atau sepuluh peratus daripada keseluruhan rakyat Malaysia, namun ini tidak bermakna kebajikan mereka harus dipandang sepi. Menurut Bathmavathi Krishnan, Presiden Persatuan Wanita Kurang Upaya, Utusan Malaysia (09 September 2007), golongan OKU sebenarnya berhadapan dengan lebih banyak diskriminasi berbanding orang biasa. Selanjutnya beliau menambah, kehadiran mereka di tengah-tengah masyarakat tidak dipandang dan suara mereka tidak didengari. Justeru itu, masyarakat keseluruhannya sepatutnya mendengar rintihan tersebut dan melontarkan jauh sikap kita yang memandang golongan tersebut sebagai golongan yang paling rendah dan harus dipinggirkan dalam masyarakat.
Sementara itu, Setiausaha Agung Pertubuhan Kawasan Timur bagi Perancangan dan Perumahan (EAROPH), Khariah Talha, Utusan Malaysia (09 September 2007) pula berpendapat, bangunan-bangunan yang dibina di negara ini kurang mengambil kira tentang golongan OKU dan tidak ketinggalan warga emas. Oleh yang demikian arkitek dan pemilik bangunan perlu memberi perhatian serius terhadap kemudahan untuk OKU dan warga emas dalam setiap pelan rekaan bangunan pada masa yang akan datang. Yang Amat Berhormat Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi, Timbalan Perdana Menteri, Berita Harian (13 September 2003) pernah berkata bahawa perkara tersebut tidak perlu diwajibkan, sebaliknya hendaklah lahir daripada rasa prihatin terhadap kekurangan golongan berkenaan yang perlu diberi kemudahan sewajarnya.
Daripada perbincangan ringkas di atas dapatlah disimpulkan bahawa golongan berkeperluan khas memerlukan pembelaan daripada semua terutamanya pihak kerajaan, agensi sosial dan agensi swasta, sejajar dengan pengistiharan tahun Antarabangsa Orang Kurang Upaya 1980 dan pelancaran The World Programme of Action Concerning Disabled Persons 1982 demi membaiki kualiti kehidupan golongan berkeperluan khas.
2.0 Senarai Semak Kemudahan Yang Perlu Disediakan di Sekolah dan Premis-Premis Bagi Kemudahan Golongan Berkeperluan Khas.
Bil Senarai Kemudahan-kemudahan Kumpulan sasaran
1 Parkir khas OKU
2 Laluan bertactile (guiding blocks) dilaluan keluar masuk
3 Laluan masuk dan ramp dilengkapi susur tangan
4 Susur tangan pada sisi dinding atau birai tangga
5 Laluan berkerusi roda
6 Lif yang mesra
- OKU Saiz lif dan pintu yang sesuai
- Butang braille
- Kedudukan aras / tingkat bersuara
- Nombor menunjukkan kedudukan aras / tingkat
7 Tandas OKU Jenis duduk
- Sinki yang rendah
- Label tandas dengan tulisan braille
- Cermin muka yang rendah
8 Lintasan pejalan kaki
9 Loceng kecemasan / isyarat dalam premis
10 Lampu kecemasan / isyarat dalam premis
11 Kemudahan ICT / akses internet
12 Papan iklan, sistem nombor panggilan elektronik
13 Papan iklan, sistem panggilan bersuara
14 Pintu automatik
15 Tangga yang mempunyai susur tangan
16 Telefon awam Mempunyai butang braille
- Mempunyai skrin untuk SMS
17 Suis mesra OKU – lebih rendah
18 Papan tanda arah, tanda amaran bergambar
19 Papan tanda arah, tanda amaran bertulisan braille
20 Mesin nombor giliran dengan cetakan braille
21 Alat bantu pendengaran
22 Eskalator rata sesuai untuk kerusi roda
23 Tempat menunggu yang selesa
24 Longkang bertutup atau berpenghadang
25 Surau, Kafeteria, tandas, kaunter pertanyaan dan lain-lain di aras / tingkat bawah
3.0 Kemudahan Infrastruktur Untuk Murid Berkeperluan Khas di Sekolah Pendidikan Khas, Alor Star
Sekolah Pendidikan Khas , Alor Star telah beroperasi lebih kurang 10 tahun yang lalu, iaitu semenjak tahun 1998. Sekolah ini mempunyai seramai 97 orang murid, 32 orang guru, 10 pembantu pengurusan murid (PPM) dan 6 orang kakitangan lain. Seramai 36 orang murid di sekolah ini tinggal di asrama kerana ibu bapa mereka tinggal jauh atau di luar daerah Kota Setar.
Saya telah membuat pemerhatian di bilik darjah, bilik-bilik khas serta kawasan luar bangunan pada waktu pagi dan pemerhatian di asrama serta dewan makan pada waktu malam. Daripada pemerhatian tersebut saya dapati Sekolah Pendidikan Khas, Alor Star telah menyediakan kemudahan-kemudahan yang hampir lengkap, sesuai dengan murid-murid masalah pendengaran dan pertuturan. Antara kemudahan-kemudahan yang terdapat di sekolah tersebut :
i. Lampu tanda masa dan lampu kecemasan: Lampu tanda masa berwarna kuning di pasang di bahagian hadapan bilik darjah akan menyala (berklip) apabila sesuatu masa pembelajaran tamat dan pada masa yang sama loceng juga berbunyi. Lampu kecemasan pula berwarna merah juga di pasang di setiap bilik yang terdapat di sekolah tersebut. Lampu tersebut akan menyala serta loceng akan berdering sebagai isyarat kebakaran.
ii. Kemudahan pengangkutan :Sekolah ini mempunyai kemudahan pengangkutan seperti sebuah bas dan sebuah buah van. Kemudahan tersebut akan digunakan untuk membawa murid-murid ke hospital atau ke tempat-tempat tertentu bagi tujuan-tujuan tertentu. Misalnya untuk tujuan lawatan, ke pusat riadah dan rekreasi, ke program-proram anjuran kementerian pelajaran dan sebagainya. Pada pukul 10.00 pagi, pada hari saya hadir untuk membuat pemerhatian semua murid tahap dua di bawa menaiki bas melawat ke Pasaraya Tesco Alor Star dengan diiringi oleh 18 orang guru.
iii. Kemudahan ICT dan akses internet : Murid-murid di sekolah ini mempunyai jadual khusus untuk penggunaan kemudahan komputer dan internet di makmal komputer. Terdapat dua belas buah komputer yang ditempatkan di dalam makmal tersebut. Kemudahan komputer juga disediakan di dalam bilik-bilik darjah untuk kegunaan murid-murid. Di samping itu sekolah ini juga mewujudkan Kelab Komputer sebagai salah sebuah kelab kokurikulum. Seramai 15 orang murid menyertai kelab tersebut dengan dibimbing oleh 5 orang guru penasihat.
iv. Pembantu Pengurusan Murid (PPM) : Sekolah ini mempunyai 10 orang PPM bagi sesi persekolahan serta 8 orang PPM yang bertugas di asrama, mengikut shif. Semua PPM tersebut adalah berjawatan tetap.
v. Ramp dan susur tangan : Terdapat ramp dan tangga yang dilengkapi susur tangan di bangunan pentadbiran.
vi. Alat bantu dengar : Merupakan sejenis alat elektronik yang menggunakan kuasa bateri, berfungsi untuk menguatkan bunyi bagi membantu komunikasi murid-murid yang menggunakannya. Alat tersebut di sediakan secara percuma kepada setiap orang murid. Alat bantu dengar tersebut dipasangkan di belakang cuping telinga.
vii. Asrama dan dewan makan: Seramai 36 orang pelajar tinggal di asrama sekolah dan dibenarkan pulang setiap dua minggu sekali. Selain daripada warden asrama, murid-murid yang tinggal di asrama sentiasa dibantu oleh PPM asrama dalam urusan seharian mereka.
viii. Set peralatan koklea implan : Bagi pelajar yang gagal bertindak balas dengan bantuan alat pendengaran, sejenis alat elektronik yang dinamakan Implan Koklea ditanam dalam koklea melalui pembedahan.
ix. Alat komunikasai dalaman (intercom) : Semua bilik darjah dan bilik khas di sekolah ini dilengkapi dengan kemudahan tersebut. Namun alat tersebut lebih berfungsi sebagai medium perhubungan di kalangan guru-guru serta PPM.
3.1 Cadangan kemudahan infrastruktur yang perlu disediakan
Seperti yang dinyatakan di atas, secara keseluruhannya sekolah ini telah dilengkapi dengan kemudahan-kemudahan yang sesuai dan bermanfaat untuk murid-murid bernasalah pendengaran dan pertuturan. Namun sebagai penambahbaikan untuk keselesaan murid-murid di sini, beberapa perkara yang dinyatakan di bawah perlu diberi perhatian dan pertimbangan oleh pihak sekolah. Antara cadangan penambahbaikan tersebut :
i. Penggunaan Lampu Suluh Khas : Lampu suluh khas tersebut akan akan mengeluarkan cahaya yang berbeza warna daripada lampu suluh biasa. Lampu suluh ini wajar digunakan oleh pengawal keselamatan, warden asrama atau PPM, dan juga oleh ketua asrama tertutamanya pada waktu malam. Melalui lampu suluh tersebut sesuatu mesej dapat disampaikan dari jarak jauh dalam masa yang singkat. Pihak sekolah boleh menentukan beberapa warna cahaya yang tertentu dengan mesej yang tersendiri. Penggunaan lampu suluh khas ini lebih sesuai pada waktu malam terutamanya semasa bekalan elektrik terputus.
ii. Kemudahan untuk OKU bermasalah fizikal : Kemudahan-kemudahan yang sesuai atau yang menjadi keperluan OKU bermasalah fizikal hampir tidak kelihatan di sekolah tersebut. Hanya terdapat ramp dan susur tangan di bangunan pentadbiran sahaja, sedangkan kemudahan tersebut tidak kelihatan di dewan makan, laluan ke padang, ke pusat sumber dan lain-lain lagi.
iii. Perenjis air (Springkler) di bilik asrama : Selain lampu berwarna merah dan loceng kecemasan yang berfungsi memberi amaran semasa berlaku kebakaran, perenjis air tersebut perlu dipasangkan pada syiling di bilik-bilik asrama. Sekiranya kebakaran berlaku ketika murid-murid sedang nyenyak tidur, lampu berwarna merah dan loceng tersebut mungkin tidak dapat mengejutkan murid-murid tersebut. Oleh itu perenjis air tersebut adalah lebih sesuai.
iv. Telefon awam berskrin : Untuk berhubung dengan ibu bapa di kampung bagi murid-murid yang bermasalah pendengaran dan pertuturan, maka adalah dicadangkan agar pihak sekolah berusaha untuk mendapatkan beberapa buah telefon awam berskrin yang dapat menyampaikan pesanan ringkas melalui tulisan (SMS).
v. Tandas khas OKU : Tidak terdapat tandas khas untuk kemudahan murid-murid bermasalah fizikal yang disediakan di sekolah ini.
vi. Papan tanda bergambar : Memandangkan tidak semua murid di sekolah ini dapat membaca dengan baik, adalah dicadangkan agar pihak sekolah menyediakan papan tanda-papan tanda atau label-label bilik yang bergambar.
4.0 Kemudahan Infrastruktur Yang Disediakan Bagi Golongan Berkeperluan Khas di Terminal Bas Shahab Perdana Alor Star, Hospital Sultanah Bahiyah Alor Star dan di Pasaraya Giant Alor Star.
4.1 Terminal Bas Shahab Perdana, Alor Star
a) Saya telah membuat tinjauan dan permerhatian tentang kemudahan-kemudahan yang di sediakan di Terminal Bas Shahab Perdana Alor Star antara jam 9.30 hingga 11.00 pagi pada hari cuti hujung minggu. Terminal bas tersebut telah beroperasi hampir sepuluh tahun yang lalu. Antara kemudahan infrastruktur yang disediakan di premis tersebut ialah :
i. Laluan masuk dan ramp : Terdapat beberapa laluan masuk ke terminal bas tersebut dari beberapa arah. Laluan masuk dan ramp tersebut dalam keadaan yang sesuai ditambah dengan susur tangan dari logam yang tidak berkarat.
ii. Longkang yang bertutup atau berpenghadang : Longkang-longkang yang terdapat di sekeliling premis tersebut didapati bertutup dengan sempurna. Longkang-longkang yang dalam dan bukaannya agak luas, pada bahagian tebingnya dipasangkan dengan besi penghadang yang kukuh.
iii. Telefon awam : Terdapat telefon awam yang dipasang agak rendah di samping beberapa buah telefon awam biasa. Keadaan tersebut dapat memudahkan golongan berkeperluan khas menggunakan perkhidmatan tersebut.
iv. Sistem pembesar suara : Terdapat beberapa syarikat bas yang menggunakan pembesar suara bagi menghebahkan destinasi dan waktu perjalanan bas. Keadaan ini amat baik terutamanya bagi golongan kurang pendengaran juga sesuai bagi OKU bermasalah penglihatan.
v. Papan tanda destinasi : Terdapat papan tanda destinasi bagi setiap bas dan setiap laluan bas (platform). Papan tanda seperti ini tentunya sangat diperlukan bagi golongan OKU bermasalah pendengaran dan pertuturan.
vi. Kaunter tiket : Kedudukan dan susunan kaunter tiket amat sesuai untuk golongan berkeperluan khas, kerana terletak di lokasi yang sesuai dan mudah untuk berurusan.
vii. Tempat menunggu : Di dalam premis ini disediakan banyak tempat menunggu yang sesuai dan mesra bagi golongan berkeperluan khas.
b) Sepanjang pemerhatian saya di terminal bas tersebut saya dapati beberapa kemudahan yang diperlukan oleh golongan berkeperluan khas tidak disediakan. Antara kemudahan infrastruktur yang tidak disediakan atau yang perlu penambahbaikan ialah :
i. Tandas OKU : Tiada tandas untuk golongan berkeperluan khas disediakan di premis ini. Hal demikian menyebabkan golongan berkeperluan khas terpaksa berkongsi tandas dengan orang awam, sedangkan keadaan pepasangannya adalah tidak sesuai atau tidak mesra pengguna bagi golongan berkenaan.
ii. Parkir khas OKU : Tiada petak parkir khas untuk golongan berkeperluan khas disediakan dan tambahan pula parkir yang terdapat di sekitar premis ini adalah berbayar.
iii. Laluan untuk menaiki bas: Tiada laluan khas untuk menaiki bas yang sesuai bagi golongan berkeperluan khas terutamanya bagi golongan berkerusi roda. Laluan berkerusi roda hanya dari luar ke dalam premis tetapi tidak hingga ke laluan bas (platform).
iv. Papan tanda elektronik :Tiada papan tanda atau jadual perjalanan elektronik yang dipasangkan di dalam premis tersebut. Papan tanda tersebut dapat membantu menyampaikan maklumat berguna terutamanya kepada golongan bermasalah pendengaran.
v. Surau : Memang terdapat sebuah surau di premis tersebut, tetapi agak mendukacitakan surau tersebut berada di tempat yang tidak sesuai bagi golongan berkeperluan khas. Surau terletak di tingkat atas yang hanya dapat diakses melalui tangga.
vi. Telefon awam : Tiada telefon awam yang mesra OKU bermasalah penglihatan. Sepatutnya disediakan beberapa buah telefon awam yang menggunakan butang braille.
vii. Lintasan pejalan kaki : Tidak terdapat litasan pejalan kaki disediakan di kawasan sekitar premis tersebut untuk kemudahan golongan berkeperluan khas terutamanya OKU bermasalah penglihatan dan bermasalah fizikal.
4.2 Hospital Sultanah Bahiyah, Alor Star
a) Saya juga telah membuat tinjauan dan pemerhatian di Hospital Sultanah Bahiyah, Alor Star selama lebih kurang dua jam. Sepanjang pemerhatian tersebut saya telah dapat mengesan beberapa kemudahan infrastruktur yang disediakan di premis tersebut, antaranya ialah :
i. Papan tanda atau penunjuk arah : Papan tanda atau penunjuk arah disediakan mencukupi di luar dan di dalam premis. Saiz dan warna yang digunakan amat sesuai. Kedudukan papan tanda atau penunjuk arah tersebut amat membantu orang ramai yang berurusan di premis tersebut terutamanya golongan bermasalah pendengaran dan pertuturan..
ii. Tempat melintas dan akses ke premis : Terdapat beberapa tempat melintas yang disediakan kepada pejalan kaki serta terdapat juga laluan pejalan kaki berbumbung dari kawasan parkir ke premis. Kemudahan ini banyak memberi manfaat terutamanya golongan yang berkeperluan khas.
iii. Parkir khas OKU : Terdapat beberapa petak parkir khas untuk OKU yang berhampiran pintu masuk yang dihubungkan dengan laluan berkerusi roda.
iv. Ramp dan susur tangan : Terdapat beberapa ramp dan susur tangan untuk ke dalam premis dari beberapa arah.
v. Tandas OKU : Terdapat tandas khas untuk OKU dan golongan berkeperluan khas di tiap-tiap aras dan bersebelahan dengan tandas awam.
vi. Kafeteria dan surau mesra pengguna : Kafeteria dan surau di premis ini terletak berhampiran laluan utama di tingkat bawah dan mempunyai keluasan yang selesa untuk semua golongan termasuk golongan berkeperluan khas.
vii. Lampu dan loceng kecemasan : Terdapat lampu berwarna merah dan loceng kecemasan yang dipasang di beberapa lokasi berhampiran laluan pejalan kaki di dalam premis.
viii. Komputer khas : Terdapat sebuah komputer khas untuk mengakses maklumat mengenai perkhidmatan yang disediakan di Hospital Sultanah Bahiyah serta bayaran yang dikenakan semasa menerima rawatan. Komputer tersebut disediakan di tepi laluan utama pejalan kaki di dalam premis. Kemudahan tersebut sangat sesuai untuk golongan bermasalah pendengaran untuk mendapat maklumat yang diperlukan.
ix. Kaunter informasi : Kaunter informasi terletak di tingkat bawah dan mudah di kesan kedudukannya serta disokong dengan papan elektronik yang memaparkan maklumat penting. Semua pengguna termasuk golongan berkeperluan khas boleh berurusan di kaunter tersebut dengan mudah dan selesa.
x. Sistem nombor panggilan : Terdapat sistem nombor panggilan elektronik yang bersuara di setiap tempat yang menyediakan perkhidmatan kepada para pengguna. Keadaan demikian dapat membantu golongan bermasalah pendengaran dan bermasalah penglihatan.
xi. Kemudahan lif : Terdapat kemudahan lif dan tangga yang lengkap dengan susur tangan yang luas dan sesuai untuk kegunaan OKU dan golongan berkeperluan khas.
xii. Tempat menunggu : Di dalam premis ini disediakan banyak tempat menunggu yang sesuai dan mesra bagi golongan berkeperluan khas.
b) Semasa tinjauan dan pemerhatian tersebut saya dapati beberapa kemudahan infrastruktur tidak disediakan atau perlu penambahbaikan, antaranya ialah :
i. Penggunaan tulisan braille : Tidak terdapat penggunaan tulisan braille pada papan tanda atau papan penunjuk arah, label tandas OKU, butang dalam lif, slip nombor giliran dan sebagainya. Bagi pengguna yang bermasalah penglihatan keadaan ini merumitkan mereka semasa berada di premis tersebut.
ii. Parkir OKU : Walaupun disediakan parkir khas untuk golongan OKU, tetapi didapti keadaannya agak tersorok kerana pintu laluan tersebut bukan pintu masuk utama, dan bertambah rumit kerana tiada papan penunjuk arah ke tempat parkir tersebut.
iii. Susur tangan : Tiada susur tangan pada dinding di sepanjang laluan pejalan kaki di dalam premis. Susur tangan tersebut dapat membantu golongan bermasalah penglihatan untuk bergerak dengan mudah dan selamat.
iv. Telefon awam : Telefon awam yang disediakan tidak mesra OKU dan golongan berkeperluan khas kerana kedudukan yang agak tinggi dan tidak menggunakan butang braille. Pihak yang menyediakan perkhidmatan telefon awam sewajarnya dapat menyediakan juga telefon awam berskrin yang boleh digunakan untuk berhubung melalui sistem pesanan ringkas (SMS). Telefon awam berskrin ini amat diperlukan oleh golongan bermasalah pendengaran dan pertuturan.
4.3 Pasaraya Giant, Alor Star
a) Seterusnya saya telah memilih Pasaraya Giant iaitu sebuah pasaraya terkemuka di Bandaraya Alor Star yang menjadi tumpuan pelbagai lapisan masyarakat. Saya membuat tinjauan dari dekat untuk mengenalpasti kemudahan infrastruktur yang disediakan di premis tersebut. Antara kemudahan yang disediakan untuk memudahkan pengguna daripada golongan berkeperluan khas ialah :
i. Parkir OKU : Terdapat beberapa lot parkir khas berhampiran dengan pintu masuk utama dan kedudukannya amat bersesuaian kerana berhampiran dengan pintu utama pasaraya tersebut.
ii. Ramp dan susur tangan : ramp dan susur tangan disediakan dari kawasan parkir ke pintu utama premis tersebut.
iii. Pintu cermin automatik : Pintu utama premis tersebut adalah jenis automatik yang mesra kepada golongan berkeperluan khas.
iv. Eskalator rata : Eskalator rata tersebut disediakan di dalam pasaraya tersebut yang memudahkan pelanggan yang berkerusi roda.
v. Tandas OKU : Terdapat tandas khas untuk OKU dan golongan berkeperluan khas di setiap tingkat di dalam premis tersebut.
b) Sebagai sebuah pasaraya yang baru dan menjadi tumpuan pengguna, saya dapati beberapa kemudahan infrastruktur yang tidak disediakan atau perlu penambahbaikan, antaranya :
i. Telefon awam : Tidak terdapat telefon awam yang disediakan di dalam premis tersebut. Pihak yang bertanggungjawab sewajarnya menyediakan perkhidmatan telefon awam yang mesra OKU bermasalah pendengaran dan pertuturan serta OKU bermasalah penglihatan.
ii. Tulisan braille : Tidak terdapat label-label pada rak, tandas OKU, tanda harga dan sebagainya yang menggunakan sistem braille yang akan memudahkan OKU bermasalah penglihatan.
iii. Eskalator rata : Eskalator tersebut tidak disediakan di lobi utama yang berhampiran pintu utama. Bagi pengguna yang berkerusi roda, mereka terpaksa naik ke tingkat atas melalui bahagian dalam pasaraya tersebut.
5.0 Penutup
Berdasarkan tugasan yang telah disempurnakan melalui pemerhatian secara terus di beberapa premis yang menjadi tumpuan golongan yang berkeperluan khas, dapatlah dibuat satu kesimpulan bahawa pihak kerajaan, agensi sosial, agensi swasta tidaklah mengabaikan kebajikan kepada golongan tersebut secara total. Namun masih terdapat lagi sedikit sebanyak kepincangan dalam menyediakan kemudahan infrastruktur untuk golongan yang berkeperluan khas semasa mereka mengunjungi premis-premis berkenaan. Justeru adalah diharapkan penambahbaikan kemudahan-kemudahan tersebut akan diberi perhatian dari semasa ke semasa terutamanya oleh Pihak Berkuasa Tempatan, untuk memastikan bangunan-bangunan baru wajar dilengkapi dengan kemudahan-kemudahan tersebut dan tidak memberi kelonggaran atau pengecualian kepada mana-mana pihak sebelum memberikan sijil layak menduduki sesuatu bangunan. Malah Pihak Berkuasa Tempatan mesti bertegas untuk memastikan bangunan-bangunan lama yang dinaiktaraf turut menyediakan kemudahan infrastruktur untuk golongan berkeperluan khas.
Di samping itu kemudahan-kemudahan yang disediakan perlu mengikut piawaian yang betul agar golongan berkeperluan khas ini dapat menggunakannya dengan selesa. Dengan adanya kemudahan-kemudahan tersebut, faedahnya turut dinikmati oleh golongan warga emas, kanak-kanak, wanita mengandung, termasuk ibu bapa yang membawa anak-anak menggunakan baby stroller. Akhirnya, sekiranya setiap pihak memainkan peranan dan mengambil tanggungjawab ini serta mempunyai kesedaran terhadap keperluan golongan berkeperluan khas, akan berkuranglah unsur-unsur penghalang bagi golongan berkenaan menjalani kehidupan harian yang lebih sempurna seperti ahli masyarakat yang lain.
RUJUKAN
Hospital Sultanah Bahiyah, Alor Star.[pemerhatian]. (04 Oktober 2008)
Ku Seman (24 Disember 2006). ‘Kurang fikir terhadap kurang upaya’. Berita Harian.
(Kuala Lumpur)
Pasaraya Giant, Alor Star. [pemerhatian]. (11 Oktober)
‘PBT mesti ada kemudahan untuk orang kurang upaya’. (16 September 2003). [atas talian] http://www.bharian.com.my [10 Oktober 2008]
Rosmawati Mion. (09 September 2007).’Persekitaran kondusif untuk OKU’. Utusan Malaysia. (Kuala Lumpur)
Sekolah Pendidikan Khas, Alor Star. [pemerhatian]. (10 Oktober 2008 & 19 Oktober 2008)
Terminal Bas Shahab Perdana, Alor Star. [pemerhatian]. (04 Oktober 2008)
http://www.epu.jpm.my/New%20Folder/garispanduan-jkpk/garispanduan.pdf [atas talian]. [12 Oktober 2008]
http://ms.wikipedia.org/wiki/Kanak-kanak_istimewa#Faedah [atas talian]. [12 Oktober 2008]
Lampiran
- Surat Kebenaran Menjalankan Kajian dan
Mendapatkan Maklumat Berkaitan Kursus
- Gambar-gambar di Sekolah Pendidikan Khas
Alor Star, Terminal Bas Shahab Perdana,
Hospital Sultanah Bahiyah & Pasaraya Giant
Surat kebenaran Kajian
Gambar-gambar semasa pemerhatian
Di Sekolah Pendidikan Khas ALOR STAR.
Di Terminal Bas Shahab Perdana, ALOR STAR
Di Hospital Sultanah Bahiyah, ALOR STAR
Di Pasaraya GIANT, ALOR STAR

Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.
BalasPadam