Pengenalan Pendidikan
Abd. Fatah Hassan (2003), menyatakan James Mill berpendapat pendidikan bermaksud proses memberi pertolongan sedaya upaya kepada anggota sesuatu masyarakat supaya satu-satu masyarakat itu hidup dengan penuh kegembiraan. Seterusnya pendidikan dapat menghalang segala anasir jahat yang mungkin berlaku di dalam dan kepada masyarakat itu.

Abd. Fatah Hassan (2003), juga menyatakan John Dewey dari Amerika berpendapat, pendidikan itu ialah kerja mengaturkan pengetahuan untuk menolong dan mengeluarkan serta menambahkan lagi pengetahuan yang ada pada sesaorang.untuk hidup dengan lebih selamat, berguna dan bertambah tinggi lagi darjah pengetahuannya.
2.0 Peranan Pendidikan Secara Umum
Mok Soon Sang (2006), memberi pendapat dari pandangan tokoh-tokoh Islam yang menyatakan semua ilmu pengetahuan di bawah Al-Quran memainkan peranan ke arah mewujudkan keseimbangan antara potensi fizikal, intelek dan rohani manusia.
Di sini saya muatkan pendapat dua orang tokoh Islam yang telah disenaraikan oleh beliau. Dr. Mohd Atthiyah ai-Abrasyi berpendapat pendidikan sebagai pembinaan tingkah laku manusia yang berakhlak tinggi dan mulia di bawah teras ajaran agama Islam. Manakala Hamka pula menyatakan pendidikan memainkan peranan membentuk tingkah laku yang baik, sikap yang berani serta budi pekerti yang mulia seperti sikap merendah diri , sabar, menghormati orang tua dan sebagainya.

Pendidikan juga memainkan peranan untuk memperkembangkan potensi kanak-kanak hingga ke peringkat yang optimum bagi menjadikan mereka rakyat yang berguna kepada masyaraskat dan negara. Peranan pendidikan juga meliputi politik dan ekonomi . Dalam bidang politik, pendidikan memainkan peranan menyatukan rakyat dan keutuhan negara. Sistem pendidikan yang progresif dan masyarakat yang berilmu menjadi asas kepada kestabilan politik. Dari segi ekonomi, pendidikan mendedahkan sesaorang itu dengan ilmu pengetahuan, kemahiran dan kepakaran dalam sasuatu bidang ekonomi.
Secara keseluhannya dapatlah dikatakan pendidikan merupakan aktiviti-aktiviti yang berkaitan dengan pembentukan dan perkembangan ilmu, kemahiran, kerohanian dan jasmani manusia. Segala usaha ,tenaga yang dicurahkan, gerak langkah yang dijalankan, dan pendapat yang di ketengahkan adalah untuk menambahkan kemahiran, kebolehan, pengetahuan dan pengalaman yang dapat memberi faedah dalam semua lapangan hidup. Pendidikan juga dapat membantu serta memberi pertolongan dan dorongan supaya yang dididik itu maju, insaf, sedar, bergerak dan bertindak dengan sihat bagi faedah dirinya, masyarakat, bangsa dan negaranya.
3.0 Intipati Falsafah Pendidikan Kebangsaaan (FPK) dari segi hasrat dan hala tuju pendidikan dan wajah manusia yang hendak dilahirkan
Berlandaskan kepada intipati FPK adalah menjadi hasrat dan hala tuju pendidikan untuk mencapai:

3.1 Pendidikan sebagai satu usaha berterusan
Pendidikan merupakan proses mendapat ilmu pengetahuan dan kemahiran serta penyerapan nilai murni supaya menjadi insan yang berilmu pengetahuan, bertenaga mahir serta berakhlak mulia.Proses pendidikan merupakan proses berterusan sepanjang hayat
Pendidikan berterusan ini bermula dengan pendidikan asas dalam peringkat awal kanak-kanak di rumah dan tadika, disambung ke sekolah rendah dan sekolah menengah dalam peringkat kanak-kanak dan remaja dan diterukan ke institusi pendidikan tinggi, tempat bekerja dan komuniti

3.2 Memperkembangkan potensi individu
Berdasarkan kajian, individu memiliki pelbagai keupayaan, bakat dan potensi seperti intelek, jasmani, emosi dan rohani sejak lahirnya. Kebanyakan potensi itu berkubur dalam diri individu itu. Di sini pendidikan memainkan peranan penting untuk memperkembangkan bakat dan potensi individu supaya mencapai tahap yang cemerlang.
Untuk mencapai tahap yang diharap-harapkan, maka tumpuan yang lebih diberikan kepada unsur intelek yang mengarah kepada ciri-ciri daya berfikir supaya setiap individu menguasai kemahiran asas 3M, iaitu membaca, menulis dan mengira, kemahiran untuk memperolehi, meningkat dan menyebarkan ilmu dan kemahiran berfikir secara kritis dan kreatif (KBKK).
Seterusnya memberi tumpuan kepada perkembangan jasmani ke arah keupayaan menjaga kesihatan tubuh badan, melakukan riadah dengan sempurna, menggunakan bakat dan kemahiran teknikal/manipulatif dengan cekap, menyumbangkan tenaga fizikal untuk kepentingan masyarakat dan meningkatkan daya pengeluaran sebagai sumbangan kepada negara.

Perkembangan sumber emosi pula berdasarkan kepada perasaan jiwa yang sihat dan kuat supaya dapat mengawal tingkah laku, sentiasa berkasih sayang, mempunyai semangat kekitaan, muhibbah, kerjasama, perpaduan dan kemahiran menilai dan menghargai keindahan dan kesenian. Manakala dari unsur rohani pula ditumpukan kepada jiwa dan batin supaya sentiasa menyedari dan mengingati adanya Pecipta alam ini, sentiasa mensyukuri nikmat yang diberiNya, bertanggungjawab, dapat memupuk disiplin kendiri dan berakhlak mulia.
3.3 Perkembangan potensi secara menyeluruh dan bersepadu
Bagi melahirkan insan yang berilmu pengetahuan, bertenaga mahir serta berakhlak mulia dengan sempurna. Aktiviti ko-kurikulum harus juga diberi penekanan selain daripada aktiviti akademik di bilik darjah. Perkembangan potensi individu tidak lengkap jika dilakukan secara berasingan. Potensi itu hendaklah diperkembangkan secara optimum dengan cara mengintegrasikan bakat dan kebolehan yang saling berkait di antara satu sama lain.

3.4 Insan yang seimbang dan harmonis
Adalah merupakan insan yang berilmu pengetahuan, bertenaga mahir, berakhlak mulia, mempunyai kepercayaan kepada Tuhan, mempunyai jiwa dan fikiran yang tenteram, tubuh badan sihat dan cergas, serta kematangan emosi dan sosial.
Potensi insan yang seimbang dan harmonis iaitu intelek, jasmani, emosi, sosial dan rohani telah diperkembangkan secara menyeluruh, bersepadu dan dalam tahap optimum.
Insan sedemikian juga memiliki kesedaran dan keinsafan terhadap tanggungjawab diri, keluarga dan negara. Individu yang sedemikian ini akan sentiasa berusaha menyelesaikan masalah yang dihadapi dan melaksanakan tanggungjawab demi kemajuan diri, keluarga, bangsa dan negara.
Matlamat ini akan tercapai bila semua potensi yang ada pada dirinya telah diperkembangkan secara selaras, menyeluruh dan harmonis. Individu yang demikian juga memiliki sahsiah yang bersepadu, menikmati keseimbangan dan kesejahteraan dalam jiwanya. Individu ini sentiasa merasa syukur, bersedia menerima segala ujian dan cabaran hidup serta sentiasa berikhtiar mengatasi masalah hidup.

3.5 Kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan
Melahirkan individu yang yakin adanya pencipta alam ini dan sanggup memikul tanggung jawab kepada penciptaNya untuk mentadbir dan memakmurkan alam ini.

3.6 Rakyat Malaysia yang berilmu pengetahuan.
Untuk mencapai hasrat ini, mestilah ada dalam diri individu sikap suka membaca, cintakan ilmu pengetahuan serta akan menggunakan untuk manfaat diri dan orang lain.

3.7 Rakyat Malaysia yang berketrampilan
Rakyat yang mempunyai ilmu pengetahuan dan kemahiran sanggup memberi sumbangan demi kemajuan negara. Mereka dapat melaksanakan tugas dalam jangkamasa yang singkat, cekap dan sempurna.

3.8 Rakyat Malaysia yang berakhlak mulia.
Rakyat yang memiliki tingkah laku yang bersopan santun, berdisiplin dan diamalkan dalam kehidupan harian.

3.10 Rakyat Malaysia yang bertanggungjawab.
Mereka yang tergolong di sini adalah yang memiliki tanggungjawan yang sempurna terhadap Tuhan, bangsa dan negara. Mereka menjalankan tugas dengan cekap, bersih dan amanah.

3.11 Rakyat Malaysia yang berkeupayaan menikmati kesejahteraan diri.
Perkembangan potensi individu secara menyeluruh akan membolehkan individu memiliki jiwa yang tenteram untuk memahami keperluan dirinya, keluarga, masyarakat, agama dan negara.

3.12 Rakyat Malaysia yang dapat memberi sumbangan
Melalui latihan yang diterima dan kesungguhan individu, akan malahirkan tenaga mahir yang produktif dan inovatif untuk meningkatkan daya pengeluaran ke arah pembangunan negara.
4.0 Kandungan dan perkembangan Dasar Pelajaran Kebangsaan
Mengikut Dato” Abdul Fatah Hasan (2003),dasar pelajaran di negara kita adalah berasaskan kepada Akta Pelajaran 1961 seperti berikut: Bahawasanya dasar pelajaran 1957 ialah untuk menubuhkan suatu sistem pelajaran yang akan dapat memenuhi keperluan negara dan menggalakkan perkembangan kebudayaan, sosial, ekonomi dan politik. Bahasa Kebangsaan adalah menjadi bahasa pengantar utama.

Menurut Aishah Edris (1999), Dasar Pelajaran Kebangsaan 1961 digubal berdasarkan Laporan Razak 1956 dan Laporan Rahman Talib 1960. Matlamat utama dasar ini ialah untuk mewujudkan persefahaman dan perpaduan di kalangan rakyat.
Dasar ini juga untuk menyediakan sistem pelajaran kebangsaan yang teratur bagi melahirkan warganegara yang berpengetahuan, bertanggungjawab dan berkebolehan bagi mencapai taraf hidup yang lebih baik serta memenuhi kehendak-kehendak negara yang sedang membangun.
Dasar Pelajaran Kebangsaan adalah sistem pendidikan negara berdasarkan idea, konsep dan matlamat pendidikan yang dicerminkan dalam FPN. FPN mengandungi keperluan-keperluan individu, masyarakat dan negara. Kandungan FPN iaitu:

“Pendidikan di Malaysia adalah satu usaha berterusan ke arah memperkembangkan lagi potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk mewujudkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan. Usaha ini adalah bagi melahirkan rakyat Malaysia yang berilmu pengetahuan, berketrampilan, berakhlak mulia, bertanggungjawab dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri serta memberi sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran masyarakat dan negara.”
Perkembangan potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu ini akan malahirkan insan yang baik dan sempurna seterusnya menjadi warganegara Malaysia yang baik dan berguna. Individu yang tergolong di sini adalah terdiri dari mereka yang percaya dan patuh kepada Tuhan, berilmu pengetahuan, berakhlak mulia, bertanggungjawab kepada diri, masyarakat, agama dan negara, memiliki sahsiah yang seimbang dan bersepadu dan dapat memupuk perpaduan di kalangan rakyat berbilang kaum.
Seterusnya bagi melahirkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan pula adalah didasarkan kepada ajaran agama. Agama Islam adalah agama rasmi negara Malaysia. Di samping itu, Agama Kristian, Agama Buddha, Agama Hindu dan sebagainya bebas dianuti mengikut undang-undang negara.
Masyarakat Malaysia adalah terrdiri daripada berbilang kaum. Jadi untuk keharmonian dan kemakmuran negara adalah bergantung kepada amalan dan sikap toleransi, kerjasama dan hormat-menghormati antara satu sama lain. Melalui sikap yang positif ini akan tercapai perpaduan kaum untuk mewujudkan keadaan sosial yang stabil.
Di dalam usaha membentuk ideologi negara, pengaruh politik memainkan peranan penting dalam penentuan dasar pelajaran kebangsaan. Sehubungan ini, matlamat pencapaian perpaduan kaum menjadi pertimbangan asas dalam penggubalan FPK iaitu “....... melahirkan rakyat Malaysia ...... memberi sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran masyarakat dan negara.”
Potensi individu dapat dikembangkan melalui proses pendidikan. Ianya meliputi aspek-aspek intelek, rohani, emosi dan jasmani. “Perkembangan potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu akan menjadi insan yang seimbang dan harmonis”. Insan yang seimbang dan harmonis sentiasa mengamalkan sikap bersyukur, tenteram jiwa dan dapat menghadapi cabaran hidup dengan penuh kesabaran.
Dasar Pelajaran Kebangsaan juga tidak dapat dipisahkan dari pengaruh perkembangan sistem pendidikan antarabangsa. Sehubungan ini, idea-idea yang dihasilkan daripada seminar pendidikan antarabangsa pula membawa pengaruhnya ke atas FPK seperti program pendemokrasian pendidikan, pensarwajagatan pendidikan dan pendidikan seumur hidup yang dirancangkan oleh UNESCO dalam tahun 1980an. Ini dapat dilihat dalam “Pendidikan di Malaysia adalah satu usaha berterusan .....”. Ini mencerminkan konsep pendidikan seumur hidup.
Perkembangan, kemajuan seta pembangunan negara Malaysia bergantung kepada kerjasama negara-negara antarabangsa. Sehubungan ini, program pendidikan negara hendaklah merangkumi aspek sejagat yang boleh melahirkan warganegara yang berilmu pengetahuan, berketrampilan dan berakhlak mulia dan dapat berkhidmat dan memberi sumbangan kepada negara ke arah kemajuan, keamanan dan kestabilan antarabangsa.
5.0 Pendekatan, Pelaksanaan Kandungan Dasar Pelajaran Kebangsaan
Untuk merealisasikan dasar pelajaran kebangsaan maka pendekatan berikut dilaksanakan:

5.1 Menjadikan Bahasa Kebangsaan sebagai bahasa pengantar yang utama. Di sekolah kebangsaan, sekolah menengah dan peringkat pengajian tinggi menggunakan Bahasa Melayu sebagai bahasa pengantarnya.
5.2 Mengadakan kurikulum yang sama dan berorientasikan Malaysia bagi semua jenis sekolah. Walau di manapun belajar, tidak kira sekolah kebangsaan atau jenis kebangsaan, semua pelajar akan belajar kurikulum yang sama.
5.3 Sistem peperiksaan yang sama. Semua pelajar akan menghadapi peperiksaan yang sama pada peringkat Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR), Penilaian Menengah Rendah (PMR) dan seterusnya.
5.4 Mengadakan peluang pendidikan asas selama sembilan tahun. Semua pelajar akan belajar di sekolah rendah selama enam tahun, seterusnya semua pelajar akan ke sekolah menengah rendah selama tiga tahun. Mereka akan menduduki peperiksaan PMR yang akan menentukan mereka layak atau tidak ke tingkatan empat seterusnya. Tetapi sistem pendidikan kini lebih menggalakan pelajar meneruskan pelajaran hingga ke peringkat tingkatan lima. Mereka di beri pilihan ke sekolah biasa, sekolah teknik atau sekolah vokesional.
5.5 Memperluaskan pendidikan Vokasional dan Teknik melalui penyusunan semula kurikulum Sekolah Vokasional pada tahun 1978. Pelajar-pelajar yang meperolehi pencapaian yang rendah dalam pelajaran boleh meneruskan pelajaran di Sekolah Vokasional. Mereka akan di latih dalam bidang tertentu.
5.6 Menggunakan pendekatan Kurikulum Baru Sekolah Rendah (KBSR) dan Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah (KBSM). Semasa pelajar berada di sekolah rendah, mereka diajar menggunakan KBSR yang diperkenalkan pada tahun 1983. Pendekatan ini berasaskan kepada 3M iaitu membaca, menulis dan mengira. Pelajar di sekolah menengah pula menggunakan pendekatan KBSM bermula pada tahun 1989. Matlamat utama kurikulum ini adalah untuk melahirkan individu yang seimbang dari segi ilmu pengetahuan dan kemahiran yang sesuai dan mempunyai nilai moral serta nilai etika yang stabil. Dengan ini diharapkan pelajar akan bersifat mulia, berdisiplin, terlatih dan mempunyai ketahanan diri untuk menghadapi sebarang cabaran.
5.7 Mempelbagaikan dan memperbanyakkan kemudahan pendidikan di peringkat universiti terutama dalam bidang sastera dan sains gunaan. Adalah diharapkan kemudahan pendidikan ini akan memberi peluang lebih ramai mendapat tempat di universiti dan apabila tamat nanti membolehkan mereka berdikari.
5.8 Bahasa Kebangsaan dan Bahasa Inggeris diajar sebagai mata pelajaran yang wajib di sekolah dan memberi peluang belajar bahasa-bahasa lain seperti Bahasa Cina dan Bahasa Tamil. Bagi Sekolah Jenis Kebangsaan Cina, pelajarnya belajar tambahan Bahasa Cina dan pelajaran-pelajaran lain selain dari Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris boleh menggunakan Bahasa Cina. Begitu juga dengan Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil dapat belajar Bahasa Tamil.
5.9 Aktiviti ko-kurikulum dijalankan di sekolah. Aktiviti itu terbahagi kepada tiga bahagian yang wajib diambil oleh pelajar iaitu sukan dan permainan, kelab dan persatuan dan unit pakaian seragam...Setiap pelajar dikehendaki memilih satu permainan, satu kelab dan persatuan dan satu jenis unit pakaian seragam. Pemilihan itu adalah berdasarkan aktiviti ko-kurikulum yang ada di sekolah masing-masing. Contoh sukan dan permainan seperti bola jaring, badminton, olahraga dan permainan dalam (catur, dam). Contoh kelab dan persatuan seperti Persatuan Sains, Persatuan Seni Kreatif, Kelab Jalan Raya. Contoh pakaian seragam seperti pengakap, puteri Islam, Tunas Kadet Remaja Sekolah.
6.0 Matlamat Dasar Ekonomi Negara
Kerajaan telah memperkenalkan beberapa dasar untuk mencapai matlamat pembangunan ekonomi negara selepas tahun 1970. Antaranya

6.1 Dasar Perindustrian Negara.
Dasar ini dirangka untuk mengatasi kelemahan yang wujud dalam bidang perusahaan pada tahun 1970-an. Kelemahan yang dihadapi dalam bidang ini ialah mengenai mutu barang kilang masih rendah kualitinya dan pekerja tempatan menggunakan teknologi yang masih rendah kerana kurang mahir dengan teknologi baru dari luar negeri.

6.2 Dasar Perindustrian Berat Negara.
Ianya adalah bermatlamat untuk mempertingkatkan hasil keluaran industri berat dengan berasaskan pelaburan modal dan teknologi yang tinggi serta penggunaan tenaga pekerja yang mahir.

6.3 Dasar Pertanian Negara.
Dasar ini bermatlamat menambahkan pendapatan sektor pertanian ke tahap maksimum dengan menggunakan sumber-sumber negara dengan cekap. Usaha untuk mengembangkan sektor pertanian ini adalah untuk membangunkan ekonomi negara.

6.4 Dasar Penswastaan.
Dasar ini hendak dilaksanakan bertujuan untuk mengurangkan beban kewangan dan pentadbiran kerajaan, mengurangkan pertumbuhan dan saiz sektor awam, meningkatkan mutu perkhidmatan dan mempercepatkan pertumbuhan ekonomi melalui pelaburan pihak swasta.

6.5 Dasar Pensyarikatan Malaysia
Matlamatnya adalah untuk mewujudkan kerjasama yang rapat dan berkesan antara sektor awam dan sektor swasta. Kedua-dua sektor ini diharapkan akan berkongsi dan bertukar-tukar maklumat.

6.6 Dasar Baru dalam Pembangunan Kampung dan Luar Bandar
Matlamatnya melibatkan pekerja luar bandar dan petani dalam sektor pelaburan untuk meningkatkan pendapatan mereka.

6.7 Dasar Peningkatan Daya Pengeluaran Negara
Matlamatnya adalah untuk mencapai perkembangan ekonomi negara yang berterusan. Untuk mencapai hasrat itu, maka dasar ini dilaksanakan bagi memastikan sumber negara digunakan secara optimum. Seterusnya mengukuhkan asas perusahaan supaya dapat bersaing di pasaran dunia.

6.8 Dasar Kependudukan.
Dasar ini mula diperkenalkan pada tahun 1984 bermatlamat meningkatkan bilangan penduduk di negara ini kepada 70 juta orang dalam masa 15 hingga 20 tahun. Bila penduduk meningkat adalah diharapkan dapat menyediakan tenaga kerja yang mencukupi untuk pembangunan negara dan pasaran yang lebih luas untuk barangan keluaran tempatan.
Untuk mencapai dasar ini, maka kerajaan meneruskan usahanya secara berterusan hingga ke hari ini. Sebagai rakyat Malaysia, kini kita harus berbangga dengan pencapaian negara yang jauh lebih maju berbanding zaman sebelum merdeka.
7.0 Matlamat Dasar Ekonomi Baru dapat dicapai melalui Dasar Pelajaran Kebangsaan yang telah dilaksanakan itu dengan cara:

7.1 Melaksanakan Bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar utama pada semua peringkat pelajaran dengan cara berperingkat-peringkat. Ianya dilaksanakan bermula dengan peringkat rendah, menengah dan seterusnya peringkat pengajian tinggi.
7.2 Membentuk peribadi, watak dan kewarganegaraan yang baik serta meninggikan akhlak melalui sukatan pelajaran dan kegiatan-kegiatan di luar bilik darjah.
7.3 Berusaha merapatkan jurang perbezaan dalam peluang-peluang pelajaran di antara orang kaya dan orang miskin, serta meninggikan akhlak melalui sukatan pelajaran dan kegiatan-kegiatan di luar bilik darjah.
7.4 Menyatukan sistem pelajaran Sabah dan Sarawak dengan sistem pelajaran kebangsaan secara beransur-ansur.
7.5 Menyesuai dan memperluaskan sistem pelajaran dan latihan ke arah memenuhi keperluan negara terhadap tenaga rakyat, terutama dalam bidang sains dan teknologi.
7.6 Meninggikan kebolehan penyelidikkan perancangan dan pelaksanaan bagi mencapai matlamat-matlamat tersebut.
8.0 Sistem pendidikan memainkan peranan untuk mencapai perpaduan masyarakat dan negara.

8.1 Penggunaan Bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar utama pada semua peringkat pelajaran. Peranan yang diberikan kepada Bahasa Melayu membolehkan semua kaum di Malaysia mempelajari Bahasa Melayu dan membolehkan mereka berhubung di antara satu sama lain dengan menggunakan Bahasa Melayu.
8.2 Pelaksanaan pendidikan rendah mengikut KBSR dan pendidikan menengah yang menggunakan KBSM adalah bermatlamat untuk melahirkan individu yang seimbang dari segi ilmu pengetahuan, kemahiran dan mempunyai nilai moral yang stabil. Setiap pelajar beragam Islam akan belajar Agama Islam manakala yang bukan Islam akan belajar Pendidikan Moral. Kedua-dua pelajaran ini menekankan budi pekerti yang baik untuk berhubung dengan orang lain. Masyarakat yang berhemah ini akan melahirkan sebuah negara yang sejahtera .

8.3 Usaha merapatkan jurang perbezaan dalam peluang-peluang pelajaran di antara yang kaya dengan yang miskin, serta antara wilayah dan antara kaum melalui pembahagian sumber-sumber dan kemudahan-kemudahan negara dengan saksama. Melalui sistem pendidikan kita yang memainkan peranan sedemikian membolehkan semua rakyat di negara ini mendapat kemudahan pendidikan yang saksama. Setiap individu dari pelbagai kaum tidak akan merasa terpinggir.
8.4 Pemupukan semangat patriotisme melalui penyerapan unsurnya dalam semua mata pelajaran, di samping melalui aktiviti ko-kurikulum dan khidmat masyarakat Setiap pelajaran akan diserapkan unsur-unsur patriotisme untuk memberi kesedaran kepada mereka menghargai dan mencintai negara.
9.0 Penutup
Sebagai seorang tenaga pendidik , kita harus dapat menanamkan dalam diri kita untuk mendidik anak bagsa kita menjadi seorang warganegara yang berjaya dengan berlandaskan Dasar Pelajaran Kebangsaan. Pendidikan yang sempurna hendaklah menyerapkan nilai-nilai baik dan semangat patriotik kepada mereka. Akhirnya pendidikan yang mereka terima diharapkan dapat melahirkan insan yang berjaya, seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani dan dan jasmani. Mereka adalah sumber kesehjahteraan dan pembangunan negara di masa akan datang..
RUJUKAN:
Abdul Fatah Hassan. (2003). Pengenalan Falsafah Pendidikan. Pahang Darul
Makmur : PTS Publication & Distributor Sdn. Bhd.
Asnarulkhaldi Abu Samah & Jayum .A. Jawan.(1997). Kenegaraan Malaysia.
Serdang: Penerbit Universiti Putra Malaysia.
Atan Long.(1991). Pendidik dan Pendidikan. Petaling Jaya: Penerbitan Fajar
Bakti Sdn. Bhd.
Husin Mohd Tap, Johari Jonid & Hjh. Junaidah Hj Le’at.(2007). HBSS 1203
Halatuju Pembangunan Negara. Kuala Lumpur: Open University Malaysia
(OUM).
Mohd. Salleh Lebar. (1992). Perubahan san Kemajuan Pendidikan Di Malaysia.
Kuala Lumpur: Nurin Enterprise.
Mok Soon Sang. (1996). Pendidikan Di Malaysia Untuk Diploma Perguruan.
Kuala Lumpur: Kumpulan Budiman Sdn. Bhd.
Mok Soon Sang.(2005). Ilmu Pendidikan Untuk K P L I (Komponen 3 :
Profesionalisme Keguruan Sekolah Rendah). Subang Jaya: Kumpulan Budiman
Sdn Bhd.
Muhamad Ismail Ahmad.(2004). Siri Keranamu Malaysia, Sejarah Malaysia.
Selangor Darul Ehsan: Pustaka Mawar.

Tiada ulasan:
Catat Ulasan